Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi kepada dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, susulan dolar menguncup selepas pusingan pertama tarif AS berkuat kuasa pada tengah hari, Jumaat.

Pada 6 petang, nota tempatan disebut harga pada 4.0380/0420 kepada dolar berbanding 4.0410/0450 pada penutupan Khamis.

Ketua Pedagang Asia-Pasifik Oanda Stephen Innes berkata dolar lemah memandangkan tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas AS$34 bilion import dari China berkuat kuasa, dengan jangkaan akan mendapat reaksi balas dari China.

Innes bagaimanapun berkata bon ringgit, yang didagangkan neutral hari ini, mungkin memberi sokongan kepada unit tempatan.

"Bon ringgit didagangkan neutral hari ini disebabkan pengaruh gaji bukan ladang. Data gaji yang disiarkan lewat hari ini, akan menjadi pemacu kritikal dolar AS dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, unit tempatan didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpu;an mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.3419/3476 daripada 5.3527/3600 dan mengukuh berbanding yen pada 3.6497/6536 daripada 3.6504/6547 pada Khamis.

Ia bagaimanapun rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9672/9712 daripada 2.9611/9645 dan rendah berbanding euro pada 4.7277/7340 daripada 4.7223/7286.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini