Ringgit lemah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit lemah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit didagangkan lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan, menjejaki harga rendah minyak susulan pelabur menanti data ekonomi AS.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.0700/0730 berbanding dolar AS berbanding 4.0580/0630 penutup Khamis.

Public Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya mendedahkan tempahan barangan utama dan penghantaran AS menokok pada Jun, menunjukkan pertumbuhan kukuh dalam perbelanjaan perniagaan ke atas peralatan pada suku kedua, selain data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang akan dikeluarkan hari ini.

Faktor ini menyebabkan pasaran mengambil sikap tunggu dan lihat bagaimana data ekonomi itu mencerminkan prestasi dolar AS.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini