Ringgit mengukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada 4.0350/0400 berbanding dolar AS berbanding 4.0380/0420 Jumaat lalu.

"Kami jangka aktiviti dagangan meningkat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia Rabu ini, dengan ringgit didagangkan lebih kukuh.

"Dengan harga minyak dijangka meningkat, ringgit dijangka mendapat lebih banyak sokongan daripada sektor komoditi," katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9726/9767 daripada 2.9672/9712 dan lebih lemah berbanding yen kepada 3.6522/6578 daripada 3.6497/6536 Jumaat.

Ringgit lebih lemah berbanding euro pada 4.7419/7482 daripada 4.7277/7340 dan susut berbanding pound British kepada 5.3613/3684 berbanding 5.3419/3476. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini