Ringgit meningkat berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit meningkat berbanding dolar



KUALA LUMPUR: Disokong oleh beberapa momentum belian, ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit adalah 4.0530/0580 berbanding dolar AS daripada 4.0630/0680 yang direkodkan pada Selasa.


Dagangan dolar AS lengang kerana pelabur tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat antara dua pemimpin ekonomi paling berkuasa, Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Kesatuan Eropah, Jean-Claude Juncker.

"Pelabur berhati-hati berhubung hasil mesyuarat berkenaan. Bagaimanapun, kami pada masa ini mendapat manfaat daripada situasi pasaran yang tegang itu," kata peniaga berkenaan.

Trump dan Juncker masih mencari kata putus pada mesyuarat yang tegang di Rumah Putih hari ini.

Presiden AS itu berkemungkinan mengenakan tarif baharu terhadap kereta Eropah selepas mengenakan tarif terhadap keluli dan aluminium Eropah. EU memberikan balasan dengan mengenakan tarif terhadap eksport Amerika bernilai AS$3 bilion.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama kecuali pound British

Ia meningkat berbanding yen kepada 3.6464/6513 daripada 3.6534/6589 pada Selasa, mengukuh berbanding euro kepada 4.7428/7503 daripada 4.7496/7571, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9766/9810 daripada 2.9770/9811, tetapi susut berbanding pound kepada 5.3337/3407 daripada 5.3278/3360 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini