Video dan Gambar : Seminar Perdagangan Forex Percuma Selesai Di Kuala Lumpur - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Video dan Gambar : Seminar Perdagangan Forex Percuma Selesai Di Kuala Lumpur

Pada 14 Julai lalu, XM telah bertemu dengan pelabur-pelabur online dari Malaysia dalam satu acara pendidikan berskala besar yang dijalankan di Kuala Lumpur.

Seminar bertajuk Bagaimana Membentuk Sistem Dagangan Anda telah menarik sejumlah besar pedagang yang telah memilih XM sebagai tempat untuk mendapatkan pendidikan yang berkualiti tinggi. Kaedah pembelajaran serta sifat profesionalisme Zulle Razak telah berjaya menarik perhatian peserta di mana mereka berpeluang untuk mempelajari aspek-aspek penting untuk berjaya dalam dagangan online.

Penyampaian dari Zulle Razak merangkumi maklumat berkaitan proses dagangan dan bagaimana pelabur masa kini dapat membentuk strategi dagangan mereka yang tersendiri untuk mendapatkan hasil yang konsisten.

Peserta seminar dapat memahami dengan lebih lanjut tentang alat-alat analisis fundamental dan teknikal yang dibentuk untuk membantu pedagang menilai pergerakan harga dan kekuatan trend. Selain itu, mereka juga dapat memahami penggunaan saiz posisi yang sesuai dan waktu untuk masuk dan keluar dari dagangan dengan menggunakan teknik-teknik pengurusan risiko yang betul.


Cabutan bertuah telah dijalankan dan kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang untuk hadiah yang dimenangi.









Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan kami berharap ilmu yang telah disampaikan oleh Zulle Razak berguna untuk dipraktikkan dalam dagangan mereka.


Seminar dagangan forex percuma diteruskan lagi untuk beberapa lokasi di seluruh Malaysia. Kami menjemput pedagang baru dan juga berpengalaman yang berminat untuk mendapatkan ilmu tentang teknik-teknik dagangan untuk hadir ke seminar yang akan dijalankan.

XM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghadiri acara hebat ini dan menjemput anda untuk menikmati sorotan gambar dan video di sini!



























































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini