Ringgit dibuka tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit tidak berubah daripada ditutup semalam berikutan ketegangan geopolitik antara Washington dan Ankara.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.1020/1050 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1020/1050 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Dr Kamaruddin Mohd Nor berkata di sebalik episod ketegangan perdagangan pada masa ini dan krisis lira baru-baru ini telah menyebabkan turun naik dalam pasaran, asas makroekonomi domestik Malaysia kekal kukuh.

“Mengenai lira, pelabur didorong oleh kebimbangan mengenai kesan keadaan itu. Dalam hal ini, ringgit telah mengatasi mata wang pasaran sedang pesat membangun yang lain,” katanya.

Setakat ini, ringgit susut 1.4 peratus berbanding dolar AS.

Ringgit, bagaimanapun, merosot berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9731/9757 daripada 2.9712/9744 pada Rabu, susut berbanding yen Jepun kepada 3.7105/7136 daripada 3.6872/690.

Unit tempatan naik berbanding pound British kepada 5.2075/2125 daripada 5.2177/2220, bagaimanapun merosot berbanding euro kepada 4.6529/6575 daripada 4.6447/6489.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini