Mengekalkan posisi merentasi hujung minggu: peluang baik atau menempah nahas? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Mengekalkan posisi merentasi hujung minggu: peluang baik atau menempah nahas?


Pernahkah anda terfikir sama ada anda harus membiarkan dagangan anda aktif merentasi hujung minggu? Jika ya, adakah keputusan seperti ini sering memberikan keuntungan untuk anda? Jika tidak, mungkinkah anda harus menyisihkan kerisauan dan mencubanya?Kami telah mengumpulkan maklumat yang anda harus tahu tentang mengekalkan posisi di hujung minggu.

Berdagang di hujung minggu adalah satu dilema besar. Di satu sisi, anda mungkin akan mengalami kerugian besar jika pasaran dikejutkan dengan berita luar dugaan yang anda tidak mampu tefikirkan sebelum hujung minggu. Di satu sisi lain, anda boleh tutup posisi sebelum hujung minggu dan hilang peluang untuk suatu dagangan yang menguntungkan. Bayangkan selepas hujung minggu, harga terus bergerak dalam arah yang anda jangkakan, tetapi tiada lagi ertinya untuk masuk dagangan ini kerana titik masuk yang baik sudah berlalu.

Jadi haruskah anda mengekalkan posisi sepanjang hujung minggu? Jika anda mahukan jawapan yang tepat, anda tidak akan temuinya di sini. Ada banyak faktor yang anda perlu pertimbangkan sebelum mengekalkan suatu dagangan.

1.Rangka masa

Jika anda telah membaca artikel kami sebelum ini, anda akan menyadari betapa rangka masa memainkan peranan penting dalam pelbagai isu perdagangan. Kes ini juga tidak terkecuali.

Jika anda seorang pedagang jangka panjang, anda mengekalkan posisi anda berminggu-minggu dan berbulan-bulan, ini tidak menjadi isu buat anda. Sebarang kemeruwapan sementara tidak akan memberi kesan terhadap perdagangan anda. Jika anda seorang pedagang harian, dagangan anda bertahan dari selama beberapa minit sehingga beberapa jam, polemik ini juga bukan untuk anda. Anda akan mempertimbangkan untuk mengekalkan posisi agar terus aktif merentasi hujung minggu jika anda seorang pedagang swing yang mana dagangannya bertahan sehingga beberapa hari.

Untuk meneruskan posisi merentasi hujung minggu, pastikan anda berdagang di rangka masa yang betul. Rangka masa H4 dan harian boleh memberikan anda peluang sebegini.

2.Nisbah risiko/ganjaran

Sentiasa pertimbangkan nisbah risiko/ganjaran (berapa banyak yang anda sanggup rugi relatif kepada potensi keuntungan). Nisbah risiko/ganjaran optimum adalah 1:3. Ini bererti potensi keuntungan adalah 3 kali lebih tinggi dari kerugian yang mungkin terjadi. Pastikan seandainya dagangan menyongsang unjuran anda selepas hujung minggu, anda ada mekanisme yang siap untuk menyelamatkan anda.

3.Berita

Walaupun anda tidak percaya dengan analisis fundamental, adalah berbaloi untuk memeriksa peristiwa yang mungkin terjadi di hujung minggu. Jika peristiwa-peristiwa penting seperti rundingan Brexit, ucapan Trump, rundingan NAFTA, dsb. dijadualkan pada hujung minggu, adalah lebih bijak untuk menutup dagangan. Anda tidak akan tahu apakah berita yang akan terbit dan bagaimana pasaran akan bertindak balas terhadapnya.

4. Jurnal perdagangan

Bayangkan anda cuba mengekalkan dagangan agar terus aktif merentasi hujung minggu dan anda kerugian. Adakah ia satu sebab munasabah untuk tidak mencubanya lagi? Tentu tidak. Disiplinkan diri merekodkan semua dagangan anda. Dengan berbuat begini, anda akan boleh menjejaki semua keuntungan dan kerugian anda. Ia akan memudahkan anda mencipta strategi perdagangan anda sendiri yang akan membawa anda kepada kejayaan.

5.Ketenangan

Ada satu perkara penting yang berkaitan bukan dengan pasaran, tetapi dengan personaliti anda. Bayangkan anda mempunyai satu dagangan yang sedang hidup merentasi hujung minggu, anda tidak tahu ada berita akan diumumkan dan apa mood pasaran pada pagi Isnin. Adakah anda bersedia untuk rasa tertekan sepanjang hujung minggu dan menanti dengan tangan berpeluh di hari Isnin? Jika tidak, lebih baik anda bebaskan diri dari rimas dan gusar dan mula berdagang dengan kepala yang kosong di pagi Isnin. Jika anda yakin diri dan gemar bermain risiko, berdagang di hujung minggu adalah satu cabaran menarik buat anda.

Pertimbangkan karakter diri anda dan pastikan hujung minggu anda tidak dipenuhi dengan igauan dan bayangan ngeri.

Sebagai kesimpulan, bolehlah kami katakan bahawa terserah kepada anda sama ada untuk mengekalkan posisi terbuka di hujung minggu dan menantikan keuntungan yang lebih besar atau anda boleh tenang-tenangkan diri dan hadkan potensi anda. Bila persoalan ini menerjah anda, semak semua poin yang telah kita bincangkan di atas dan anda boleh membuat keputusan dengan lebih mudah.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini