Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan momentum pembelian lemah, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.1350/1390 berbanding dolar AS daripada 4.1270/1310 semasa penutupan semalam.

Ketua Strategi Mata Wang dan Penyelidikan Pasaran Global FXTM, Jameel Ahmad, berkata trend ringgit yang lebih lemah selari dengan negara serantau susulan ketegangan dagangan baharu antara AS dan China.

Merujuk keputusan Beijing untuk membatalkan perbincangan perdagangan dengan Washington, serta ancaman Presiden Donald Trump untuk terus mengenakan tarif ke atas barangan China, beliau berkata pelabur secara keseluruhannya melihat perkembangan itu sebagai petunjuk bahawa risiko ketegangan perdagangan dijangkakan berterusan.

“Ini masih menjadi ancaman besar kepada minat pelabur ke atas pasaran pesat membangun, dan menjejaskan ringgit,” kata Jameel.

Sementara itu, ringgit juga didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding yen kepada 3.6638/6677 daripada 3.6632/6678 pada penutupan Isnin dan rendah berbanding euro pada 4.8644/8699 daripada 4.8575/8626.

Ringgit juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0309 daripada 3.0246/0279 dan rendah berbanding pound British kepada 5.4400/4465 daripada 5.4146/4215 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini