Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut minggu ini selepas selera risiko pelabur bagi mata wang tempatan itu meningkat berikutan kenaikan harga minyak mentah.

Pada jam 6 petang, ringgit melonjak kepada 4.1370/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1420 yang direkodkan semalam.

Peniaga, ringgit menerima keuntungan daripada lonjakan harga minyak akibat bekalan yang lebih terhad walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan AS meningkatkan kadar faedahnya buat kali ketiga tahun ini.

Penanda aras minyak mentah Brent diurus niagakan 0.29 peratus lebih tinggi pada AS$81.62 setong.

Ringgit juga diniagakan lebih baik berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0232/0263 daripada 3.0315/0349 yang dicatatkan pada hari Khamis dan meningkat berbanding yen kepada 3.6472/6501 daripada 3.6697/6743.

Ia juga naik berbanding euro apabila mencecah 4.7969/7007 daripada 4.8427/8495 dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.3984/3044 daripada 5.4315/4380.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini