PERISIAN DAGANGAN PERCUMA CTRADER



PLATFORM DAGANGAN PILIHAN UNTUK PAKAR DAGANGAN FOREX

cTrader merupakan platform dagangan yang kukuh dan komprehensif, direka khas untuk dagangan Forex dan CFD. Nikmati ketelusan maksimum dalam dagangan Forex serta sokongan visual dengan lebih 26 paparan carta cTrader yang terbina, antara muka boleh diubah suai sepenuhnya, dan sehingga 50 templat carta yang mudah disimpan untuk semua strategi analisis dagangan teknikal yang mungkin. Serasi dengan berbilang peranti yang berbeza, cTrader menawarkan bahagian belakang yang canggih, harga tahap II, pelaksanaan ultra pantas, dan pelbagai jenis perintah Forex lanjutan.

1. Analisis Carta Lengkap
2. Sokongan Robot Lanjutan
3. Ciri-Ciri cTrader OctaFX


ANDA SEDANG MENCARI DAGANGAN ATAU PENGURUSAN FOREX AUTOMATIK YANG LEBIH BAIK?

Perisian cTrader mengurangkan gangguan pentadbiran bagi membolehkan anda melakukan dagangan di pasaran sebenar. Ia membenarkan pemprosesan perintah yang berbeza secara serentak, bermakna anda boleh melakukan dagangan tanpa perlu menunggu giliran. Perintah boleh diseret dan dilepaskan secara terus daripada carta yang boleh disesuaikan, manakala algoritma boleh diaturcarakan dan disesuaikan mengikut gaya dan strategi dagangan anda.

MULAKAN DAGANGAN DALAM EMPAT LANGKAH MUDAH 

Sama ada anda memilih untuk melakukan dagangan Forex secara manual atau menggunakan algoritma, sistem dagangan cTrader memudahkan proses dengan pelbagai aplikasi yang berbeza. Ia memudahkan anda proses automasi dagangan CFD pada Logam, menerima isyarat dan pemberitahuan masa nyata, mendapatkan maklumat penuh pasaran, serta memberikan bimbingan dalam pembuatan keputusan dagangan anda.




DAGANGAN CFD 


CIRI-CIRI UTAMA DAGANGAN CTRADER YANG ANDA PASTI SUKA

Kemasukan dan Pelaksanaan Pantas: cTrader memastikan kemasukan pantas bagi berbilang perintah secara serentak, tanpa perlu menunggu giliran atau menjejaskan kualiti pelaksanaan.
Sebut Harga Tahap II: Dengan harga boleh laksana yang ditentukan oleh pembekal kecairan, buku perintah diisi dengan harga purata bervolum (VWAP). Hal ini menjadikan kecairan semua pasangan matawang telus kepada para pedagang.
Ketelusan Harga: Broker perlu berhubung dengan sekurang-kurangnya satu pembekal kecairan. Pelaksanaan dagangan dapat mengesahkan harga yang dialirkan daripada pembekal kecairan berkenaan. Hal ini dapat memastikan ketelusan pelaksanaan yang lebih baik dalam perdagangan.


BANDINGKAN PLATFORM 


PERLINDUNGAN PERINTAH LANJUTAN

cTrader memberi jaminan perlindungan terbaik terhadap dana klien. Di samping itu, bagi mengukuhkan lagi etika dagangan, OctaFX turut melindungi semua kos baki negatif oleh dagangan dengan leveraj tinggi, dengan memberikan pampasan bagi mengembalikan akaun kepada sifar. Ciri-ciri perlindungan dagangan Forex cTrader:

KETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI PASARAN DAGANGAN FOREX

Tetapkan Skala Keluar dan Henti Rugi: 

Tahap ambil untung lanjutan membolehkan pedagang untuk menskala keluar sesuatu kedudukan pada tahap yang berbeza, sambil menetapkan henti rugi pada tahap pulang modal, atau menggunakan hentian jejakan pelayan untuk mencari peluang dagangan lain.

Urus Risiko:

Pedagang boleh mencetuskan perintah ambil untung dan/atau henti rugi, melaksanakan perintah menunggu, dan menggunakan kaedah lain untuk menguruskan risiko seperti mempelbagaikan aset, memberikan perhatian tambahan terhadap nisbah risiko/ganjaran dan menguji strategi dagangan pada akaun demo.


Pilih Pilihan Henti Keluar: 

Dengan dua jenis henti keluar, henti keluar pintar dan henti keluar sederhana, pedagang boleh melindungi margin mereka.

BERIKAN TINDAK BALAS SEGERA TANPA KELEWATAN

Kelewatan dalam pelaksanaan dagangan merupakan musuh paling besar setiap pedagang. cTrader OctaFX mendekati permasalahan ini dengan ciri-ciri Dagangan Pantas yang membolehkan pedagang forex untuk membuka, mengubah suai dan menutup dagangan dengan pantas sepanjang keadaan pasaran yang tidak stabil. Selangkah lebih dekat dengan dagangan yang menguntungkan.

GUNAKAN CTRADER PADA KEDUA-DUA PERANTI DESKTOP DAN MUDAH ALIH

Platform dagangan cTrader tersedia sebagai aplikasi web yang serasi dengan Windows, Linux dan macOS. cTrader juga boleh diakses daripada telefon pintar atau tablet, tanpa mengira sistem operasi iOS mahupun Android. Lakukan dagangan pada bila-bila masa, di mana sahaja, sepanjang masa walaupun ketika melancong atau dalam percutian. Begitu mudah sekali untuk muat turun dan memasang aplikasi ini pada sebarang peranti yang sesuai.





LEBIH DARIPADA 28 RANGKA MASA PENCARTAAN CTRADER

Perisian cTrader menawarkan lambakan jenis carta merentasi 28 rangka masa mengikut kesesuaian setiap jenis pedagang dan strategi dagangan. Di samping itu, platform ini turut menawarkan lebih 70 penanda yang diprapasang, dan para pedagang boleh menikmati manfaat daripada penanda tersuai yang dibekalkan oleh Rangkaian Pembangun cTrader (cTDN). cTrader diaturcarakan dalam C#, bahasa pengaturcaraan yang mudah difahami, walaupun jika anda bukan seorang yang cekap dalam bidang teknologi. Selain itu, terdapat banyak sokongan lain yang tersedia apabila anda memerlukannya, dengan forum cTDN yang aktif dalam skala besar serta Rangkaian Pembangunan cTrader sendiri.

CARA UNTUK MEMULAKAN DAGANGAN DALAM EMPAT LANGKAH MUDAH

1.Hasilkan dan simpan sehingga 50 templat carta untuk digunakan, dengan pelbagai jenis analisis teknikal dalam berbilang rangka masa, simbol dan jenis carta.
Setiap tetingkap mengandungi semua alatan pencartaan yang berkaitan, dengan carta yang boleh disaizkan semula dan boleh dilaraskan mengikut semua saiz skrin.

2.Manfaatkan daripada fungsi pencartaan cTrader, yang membenarkan cara untuk ditanggalkan dan bertindak sebagai aplikasi tunggu yang boleh digunakan pada skrin berbilang.

Lihat carta dalam mod reka letak dan sesuaikannya mengikut gaya dagangan anda.


JENIS CARTA TERMASUK:

Batang lilin

Carta Bar

Carta HLC

Carta Garis

Carta Heikin

Carta Titik

Carta Renko

Carta Julat

Carta Tanda





TAHAP SCALPING LANJUTAN DENGAN CTRADER AUTOMATE

Bantuan dagangan yang intuitif dan cukup berkuasa, cTrader Automate, yang membolehkan pedagang untuk membangunkan robot dagangan tersuai untuk automasi dagangan. Fungsi automasi ini begitu luas, menyokong semua jenis dagangan Forex dan CFD, dan didatangkan dengan alatan ujian strategi dagangan. Pedagang boleh menyesuaikan strategi automasi mereka untuk menyertakan:


Ujian strategi dagangan visual: Menyemak prestasi cBot dalam perbandingan dengan data sejarah atau bar trend broker untuk rangka masa tertentu.

Lihat peta urusniaga terlaksana: Pedagang dapat melihat gambaran visual bagi urusniaga yang dilaksanakan dalam bentuk peta urusniaga. Perkara ini dapat membantu pedagang untuk mengubah suai strategi dan dagangan mereka untuk kejayaan yang lebih baik.

Akses kepada seluruh sejarah ujian strategi dagangan: Lihat maklumat, seperti harga dan masa masuk dan penutup, untung kasar dan bersih, volum, arah urusniaga dan banyak lagi.

Pengoptimuman lanjutan terhadap parameter dagangan: Proses pengoptimuman ini termasuk berbilang ujian strategi dagangan bagi memastikan hasil yang terbaik.

Semak statistik dagangan: Statistik seperti untung bersih, dagangan kemenangan, surutan baki maksimum, dan surutan ekuiti maksimum, antara lainnya, boleh disemak bagi menjamin keputusan dagangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Data bersejarah: Akses data bersejarah merentas pelbagai rangka masa, termasuk data tandaan mentah



KOMUNIKASI LEBIH MUDAH DENGAN FIX API*

Fungsi yang disasarkan khas kepada pedagang runcit membolehkan penggunaan mesej FIX untuk dagangan, melalui akaun cTrader mereka. Apabila akaun dagangan dicipta pada platform dagangan cTrader, maklumat kelayakan FIX API akan dijana secara serentak. Pedagang boleh mengakses maklumat kelayakan mereka secara terus menerusi akaun cTrader mereka, tanpa mengira sama ada mereka menggunakan perisian dalam versi desktop atau web. Mesej FIX adalah cara yang berkesan untuk pedagang menerima sebut harga tahap II, menghantar semua jenis perintah, serta memantau status perintah dan kedudukan mereka. Protokol FIX ini merupakan kaedah yang popular, bukan sahaja dalam kalangan institusi kewangan atau broker, tetapi juga dalam kalangan tukaran asing, kerana kaedah ini dapat meminimumkan kependaman komunikasi. Selain daripada itu, ia turut didatangkan dengan sumber sokongan lanjutan.


AKAUN DEMO CTRADER PERCUMA DARIPADA OCTAFX DENGAN AKSES TANPA HAD
Sama ada anda seorang pedagang baru atau pedagang veteran dalam Forex/CFD, cara terbaik untuk membiasakan diri anda dengan platform cTrader adalah dengan membuka akaun demo. Gunakan akaun secara percuma untuk berlatih berdagang dalam keadaan pasaran sebenar, berdagang dengan wang maya sehingga anda benar-benar yakin untuk menggunakan wang sebenar anda. Dagangan demo dalam talian merupakan proses pembelajaran yang membolehkan anda untuk mempelajari semua ciri dan alatan yang terdapat dalam platform, serta cara untuk menggunakan carta dan alatan grafik lain. Atau gunakannya untuk menguji strategi dagangan anda sebelum mencubanya strategi tersebut dalam dagangan sebenar.



PERTANDINGAN AKAUN DEMO CTRADER WEEKLY OCTAFX

Cara paling mudah untuk memanfaatkan dagangan dalam pasaran Kewangan Global adalah dengan membuka akaun demo cTrader. Sebaik sahaja akaun ini dibuka, anda boleh mendaftar dalam Pertandingan Demo cTrader Weekly untuk peluang memenangi wang sebenar. Capai kedudukan sebagai Lima Pedagang Demo Terbaik setiap minggu dan dapatkan hadiah wang tunai. Dengan OctaFX, anda bukan sahaja dapat belajar secara percuma, anda juga boleh menjana keuntungan sambil belajar!

DAFTAR UNTUK PERTANDINGAN DEMO CTRADER



APABILA ANDA MEMILIH UNTUK BERDAGANG MENGGUNAKAN AKAUN CTRADER OCTAFX, ANDA AKAN MEMPEROLEH:

Dagangan Lebih Mudah dan Pembuatan Keputusan Bermaklumat
Pelaksanaan pasaran mudah
Dagangan web serasi pada peringkat makro
Keupayaan lindung nilai
Kedalaman pasaran tahap II
Pengiraan volum dalam lot
Pengiraan volum dalam unit
Alat Pencartaan dan Analisis Lanjutan
Carta tanda dalam saiz penuh, walaupun pada peranti mudah alih
Keupayaan dagangan carta lanjutan
Alat analisis teknikal maya
Keupayaan untuk mencipta dan berkongsi petikan skrin secara automatik
Dagangan Satu Klik
Keupayaan untuk membalikkan kedudukan dengan hanya satu klik
Keupayaan untuk menggandakan kedudukan dengan hanya satu klik
Menutup semua kedudukan terbuka dengan hanya satu klik
Sokongan Terbaik
Antara muka pengguna pelbagai bahasa
Kemas kini perisian automatik
Keupayaan isian sebahagian


AKAUN ISLAMIK UNTUK DAGANGAN FOREX PADA CTRADER

Bagi pedagang cTrader, octaFX menawarkan akaun Islamik terbaik dalam industri.

Sangat dipercayai: OctaFX telah diiktiraf sebagai Broker Forex Akaun Islamik Terbaik oleh ForexTraders.com
Mudah: Opsyen tersedia untuk semua jenis akaun, supaya anda boleh melakukan dagangan tanpa swap pada sebarang akaun pilihan anda
100% mematuhi Syariah: Tidak perlu membayar faedah terhadap kedudukan anda yang ditahan semalaman



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini