Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari kedua berturut-turut berikutan sokongan belian yang lemah, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1800/1840 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1820 pada Isnin.

Peniaga berkata, kebimbangan mengenai keadaan ekonomi luaran serta harga minyak mentah yang lebih lemah juga menyebabkan penyusutan ringgit berbanding dolar AS.

Harga minyak mentah Brent jatuh 0.78 peratus kepada AS$76.77 setong manakala kontrak minyak mentah AS West Texas Intermediate susut 0.75 peratus kepada AS$66.54 setong.

“Di pasaran tempatan, pelabur juga menantikan pengumuman Bajet 2019 pada Jumaat,” kata peniaga.

Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan lebih tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0194/0236 daripada 3.0218 / 0258 pada Isnin, menokok berbanding euro kepada 4.7497/7560 daripada 4.7537/7600 sebelumnya.

Ia menambah berbanding pound Britain kepada 5.3349/3417 daripada 5.3562/3630 pada Isnin dan naik berbanding yen Jepun kepada 3.7050/7095 daripada 3.7247/7286 semalam

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini