Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan mata wang AS itu melonjak selepas mesyuarat terbaharu Rizab Persekutuan membayangkan akan terdapat kenaikan kadar pada masa depan.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.1550/1580 berbanding dolar AS daripada 4.1490/1530 pada Rabu.

Memetik laporan berita, peniaga berkata minit mesyuarat Fed pada 25-26 September mendedahkan setiap penggubal dasar Fed menyokong kenaikan kadar faedah, dan pada umumnya bersetuju mengenai keperluan untuk menaikkan lagi kos pinjaman.

"Dilaporkan minit Fed yang positif mendorong dolar US kepada paras tertinggi dalam tempoh seminggu pada awal Khamis," katanya.

Sementara itu, peniaga berkata penurunan harga minyak mentah disebabkan inventori minyak mentah AS meningkat turut mempengaruhi prestasi ringgit, berikutan harga minyak mentah yang lemah negatif kepada perolehan minyak dan gas Malaysia.

Pada penutup, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6920/6953 daripada 3.6965/7011 pada Rabu, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0163/0196 daripada 3.0177/0212 semalam, manakala berbanding euro, ia menambah kepada 4.7891/7929 daripada 4.7987/8046 sebelum ini.

Berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.4530/4586 daripada 5.4522/4591 pada Rabu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini