Ringgit semakin kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit semakin kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap mata wang tempatan itu disokong pengukuhan harga minyak global.

Pada 9.21 pagi, ringgit berada pada 4.1490/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1515/1555 semalam.

"Minyak mentah West Texas Intermediate meningkat 0.5 peratus kepada AS$72.27 satu tong, manakala penanda aras minyak mentah Brent International menokok 0.4 peratus kepada AS$81.77 satu tong," katanya.

Beliau berkata, peserta pasaran akan memantau minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS bagi September, yang akan dikeluarkan hari ini bagi melihat petunjuk arah tuju dolar AS dan kemungkinan kenaikan kadar faedah yang lebih tinggi untuk tahun ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali dolar Singapura, apabila ringgit merosot kepada 3.0203/0237 daripada 3.0153/0189 pada penutupan semalam.

Ringgit meningkat berbanding yen kepada 3.6919/6962 daripada 3.7027/7070, meningkat berbanding euro kepada 4.8033/8083 daripada 4.8041/8096 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.4713/4774 daripada 5.4804/4861. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini