Tamak vs. Akal Fikiran : Money Management (MM) - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Tamak vs. Akal Fikiran : Money Management (MM)



Apakah yang dimaksudkan dengan money management dan mengapa anda perlu mengikutinya? Cara untuk mengekalkan deposit anda.

Apakah margin dan apakah kegunaannya? Apakah yang akan terjadi sekiranya anda menggunakan margin yang besar, berbanding deposit anda?

Sejarah telah membuktikan ramai spekulator kehilangan semua duit mereka sewaktu hari pertama, bahkan jam pertama, disebabkan mereka tidak mempedulikan MM. sesetengah dari mereka langsung tidak tahu mengenainya. Yang lain pula mengendahkannya kerana “jumlah dagangan yang besar menghasilkan keuntungan yang besar”.

Ramai tidak berfikir mengenai prospek bukan hanya tentang menggandakan modal mereka, tapi juga tidak menghilangkan semua duit mereka.



Tambahan pula, pedagang baru kebiasaannya berdagang menggunakan full margin. Orang yang tidak mempunyai pengalaman dalam berdagang tidak mempunyai rasa takut, dan ianya membantu mereka membuat duit mudah pada permulaannya. Tapi ianya adalah mustahil untuk menjadi pemula untuk jangka masa yang panjang. Pedagang perlu memasuki lebih dan lebih banyak lagi dagangan.

Margin ialah duit yang memberikan jaminan sewaktu berdagang, menggunakan dana yang dipinjam daripada broker.

Duit tersebut, dijadikan sebagai cagaran, tidak dibayar, tetapi dibekukan dalam akaun pedagang apabila terdapat posisi yang dibuka. Sebagai contoh, anda mempunyai $500 didalam akaun dan anda memulakan dagangan yang memerlukan cagaran sebanyak $100. Selepas posisi dibuka, baki akaun anda masih lagi $500, tapi anda tidak dapat menggunakan $100 daripada jumlah akaun anda untuk memasuki dagangan yang lain. Duit yang dibekukan akan tersedia semula hanya selepas anda keluar dari dagangan tersebut.

Sekiranya posisi yang anda buka itu rugi, jumlah margin akan dibayar kepada broker, sebagai insuran untuk duit yang anda pinjam. Terdapat free margin yang menunjukkan perbezaan antara jumlah cagaran dan deposit anda. Sekiranya free margin mengurang terlalu banyak disebabkan kerugian, broker akan menutup posisi tersebut dengan bebas.

Jumlah maksimum kerugian haruslah tidak lebih dari 5% daripada jumlah deposit anda. Bagaimana cara nak mengiranya?

Apabila anda membuka posisi, ianya ditunjukkan di dalam terminal, seperti gambar rajah dibawah. Apakah perbezaan diantara Free Margin dan Margin? Mari belajar formula yang akan membantu anda mengira jumlah cagaran sebelum anda memasuki dagangan.




- 464.16 ialah margin, i.e. cagaran. Cagaran akan disimpan dari akaun anda sehingga anda menutup posisi yang dibuka

- Balance ialah duit yang tidak dibelanjakan yang anda boleh gunakan. Peningkatan atau penurunun jumlah tersebut, bergantung samada anda sedang untung atau rugi.

- Free Margin ialah jumlah yang boleh digunakan untuk memulakan dagangan. Ia akan lebih dari balance anda jika posisi anda untung, dan kurang sekiranya anda rugi (seperti yang ditunjukkan didalam gambar)

- Equity ialah jumlah deposit anda, termasuk margin dan balance. Ia akan menjadi deposit anda jika anda menutup posisi.

- Margin Level ialah ratio margin akaun anda, ditunjukkan dalam %. Ianya adalah masuk akal untuk melihat Margin Level untuk mengetahui bahawa anda mengawal risiko anda atau tidak.

Apabila order dibuka, sangat mudah untuk melihat margin, anda Cuma perlu lihat pada MT, dimana segalanya dipaparkan. Ianya lebih waras sekiranya anda mengambil tahu jumlah margin sebelum adna membuka order. Anda memerlukan formula ini:

Margin =( jumlah (dalam lot)) * (100 000) * (kadar pertukaran ke matawang US)/(Leverage)

Oleh itu, untuk memahami secara mendalam, anda perlu mengira margin untuk posisi tertentu. Sebagai contoh, anda menentukan kadar euro/dollar (kadar nya ialah 1.2000), membuka order setengah lot. Leverage adalah 1:100. Bagaimana anda mengira dengan tepat?

0.5 lot * 100,000 (jumlah 1 lot dalam matawang). Anda mengira dan anda mempunyai 50,000 euro. Seterusnya 50,000 euro * kadar tukaran matawang semasa USD : 1.2. Dengan ini , anda mempunyai $60,000. Ingat, anda seharusnya mengira matawang yang anda dagangkan didalam akaun. Dalam kes ini, ianyaialah USD. Sekiranya akaun anda dalam bentuk matawang European, anda perlu darabkan dengan kadar tukaran Euro lah. Sekiranya euro berada dalam kedudukan pertama dalam pasangan, tak perlu tukar apa apa.

Seterusnya, jumlah tadi seharusnya dibahagi dengan jumlah leverage. Ianya ialah 60,000/100= 600USD. $600 ialah margin anda. Ia akan dibekukan dari akaun anda sebagai cagaran untuk posisi yang dibuka.

Posisi yang dibuka menggunakan lot besar melibatkan risiko dan keuntungan yang tinggi:



Peraturan umum untuk pengurusan wang (MM)

1. Anda seharusnya mempunyai pelan dagangan yang jelas. Anda seharusnya ingat bahawa pendekatan yang rumit selalunya bukanlah yang terbaik. Bahagian paling sukar dalam perdagangan ialah cara untuk mengenapasti point entry/exit yang tepat. Secara teknikalnya, memang mudah untuk memasuki dagangan, hanya dengan menekan satu butang, dan itu lah anda, sedang berdagang. Tapi, adakah anda akan mendapat keuntungan darinya? Tiada orang yang boleh menjawab. Oleh itu, anda perlu tahu dimana anda nak masuk berdagang, dan dimanakah anda nak keluar dari dagangan tersebut. Seperti yang dibuktikan oleh pengalaman,ianya lebih penting untuk keluar dari dagangan dengan tepat berbanding memasukinya. Berapakah peratus hasil yang anda harapkan dari posisi tersebut? Berapakah peratus anda sanggup menanggung kerugian? Anda seharusnya menjawab soalan ini terlebih dahulu sebelum membuka posisi. Terdapat pedagang yang membuka posisi dengan mengikut gerak hati tanpa sebarang analisis. Sudah tentu mereka akan mengalami kerugian. Tidak kira berapa banyak pun deposit yang mereka masukkan, akhirnya mereka akan tetap bankrup.

2. Anda perlu meramal asset pasaran yang mendahului – yang paling kuat dalam trend menaik dan yang paling lemah dalam trend menurun. Untuk komoditi, stock dan forex, ianya adalah benar. Jika anda memilih matawang yang kuat, anda sebaiknya menumpukan perhatian kepada euro, USD, dan yen. Matawang yang lemah termasuklah pair “exotic”, seperti contoh Mexican peso, Turkish Lira, atau Polish zloty. Segalanya bergantung atas konteks tertentu. Adakala, matawang “third-rate” adalah kuat, dan Negara membangun kebiasaannya menurunkan kadar matawang mereka. Sebagai contoh, sekiranya Turkish lira menaik terlalu banyak melawan USD, adalah masuk akal untuk bertaruh keatas penurunannya. Dalam paradox pasaran stock, sesuatu yang mahal akan bertambah mahal dan sesuatu yang murah akan bertambah murah. Dalam kebanyakan kes, ianya sangat berkesan, namun, ini tidak selalu terjadi. Apabila pasaran stock bearish, anda perlu mencari cagaran bahawa harga akan menurun dengan cepat. Kebiasaannya syarikat teknologi industry atau pertubuhan kewangan akan jatuh harga dengan sangat cepat sewaktu krisis. Anda boleh berdagang melalui indeks, sebagai contoh, indeks Dow Jones, atau dipanggil CFD. Metal yang berharga mungkin akan naik harga seketika sewaktu permulaan krisis, dimana pedgang akan mula mencari asset untuk dilabur. Sewaktu lewat 2007-awal 2008, apabila harga gold dan silver meningkat meskipun pasaran stock menjunam teruk. Hal ini berlarutan sehingga beberapa bulan. Sewaktu krisis, hampir semuanya menjadi murah. Namun, gold adalah yang pertama mengalami peningkatan harga. Namun ini tidak boleh dijamin bahawa ia akan menjadi sama seperti itu sewaktu krisis yang baru.

3. Anda seharusnya berdagang hanya pada titik pivot yang kuat sahaja. Anda tidak seharusnya masuk berdagang hanya kerana kebosanan melanda diri. Pendekatan ini akan menyebabkan situasi menjadi sangat sukar, apabila akaun mengalami kerugian yang besar. Bagaimanakah caranya untuk mengenalpasti titik pivot didalam carta? Ada pedagang yang mencari pivot melalui indicator dan oscillator. Yang ajaibnya, kedua dua kumpulan ini membuat keuntungan melalui pendekatan yang berbeza. Titik pivot yang kuat adalah pasaran stock bullish yang baru. Adakah anda tahu, samada harga bar uterus melonjak naik sebelum kejatuhan atau ianya adalah pasaran bullish yang baru? Ianya adalah satu seni. Bukan semua orang mampu menguasainya walaupun melalui pengalaman hidup yang panjang.

4. Anda seharusnya mengelak dagangan dalam TF yang terlalu singkat. Ya betul, terdapatnya scalping, namun hanya segelintir scalper yang berjaya. Ianya adalah lebih lebih masuk akal untuk menguasai posisi dagangan. Peramal boleh berjaya dalam dagangan separa, namun bukan semua orang boleh melakukannya. Pedagang mahir menyarankan pengambilan keuntungan tidak lebih daripada 10 kali ganda kos komisyen untuk satu dagangan. Jadi, anda sebaiknya membuka posisi untuk trend jangka masa panjang atau sederhana. Ianya adalah satu kebodohan mencari dan memperolehi hasil dalam sebarang pergerakan pasaran.

5. Beli murah, jual mahal. Selain itu, anda perlu ingat bahawa harga boleh bergerak kemana mana sahaja. Semua analisis pasaran hanyalah untuk meningkatkan peratus kejayaan anda, namun ianya bukanlah satu jaminan. Jika ada sesiapa yang memberitahu anda mengenai dagangan Grail, mohon jangan percaya. Ianya tidak wuhud. Sekiranya ia wujud, dagangan tidak akan wujud. Tapi, terdapat strategi dagangan yang baru, yang menjanjikan keuntungan, muncul dari semasa ke semasa. Walaubagaimanapun, cuba pendekatan ini didalam akaun demo terlebih dahulu sebelum mula menggunakan mereka didalam dagangan yang sebenar.

6. Anda seharusnya meletakkan stop loss untuk berdagang secara selamat. Namun, stop order tidak semestinya akan membawaa anda kearah kemenangan kewangan. Dagangan anda mungkin akan terkena stop loss sepanjang masa, dan memusnahkan akaun anda dengan sangat cepat. Terdapat pedagang yang meletak stop order jauh dari posisi mereka, supaya harga tidak mencapai stop loss itu begitu cepat. Ada juga yang meletakkan stop loss tersangat dekat dengan posisi mereka. Terdapat peramal yang tidak menggunakan stop loss untuk satu posisi sewaktu pyramiding, tapi sentiasa meletakkan stop loss didalam dagangan mereka yang lain. Pendekatan ini agak menguntungkan, sekiranya anda berdagang dalam jumlah yang kecil.

7. Dalam dagangan yang berjaya, anda seharusnya membiarkan keuntungan anda berganda. Anda seharusnya menutup posisi sekirangnya anda benar benar faha bahawa trend itu akan berakhir tidak lama lagi. Pedagang baru selalunya melakukan yang sebaliknya; mengaut keuntungan sekitar $5-$10, tapi tidak menutup kerugian sebanyak $50-$100. Sudah semestinya anda tidak akan berjaya dengan menggunakan pendekatan yang sedemikian.

8. Anda seharusnya mengekalkan free margin anda sentiasa besar. Jangan tunggu sehingga posisi anda ditutup oleh margin call (dipaksa oleh broker). Anda seharusnya tidak mengambil keputusan yang terburu buru, yang berdasarkan emosi semata mata.

9. Kadang kala, mencari kepelbagaian risiko dan membuka beberapa posisi yang berbeza adalah satu percubaan mengurangkan risiko dan memelihara modal. Tapi ianya bukan selalunya begitu. Pedagang kebiasaannya tidak mendapat satu masalah sebaliknya beberapa masalah. Anda boleh menyelesaikan satu masalah, tapi ianya adalah jauh lebih sukar untuk menyelesaikan beberapa masalah secara serentak. Sebagai contoh, dalam pasaran ekuiti yang mengalami bullish yang kuat, adna boleh membeli 3-4 posisi yang berlain, dan menambahnya lagi apabila harga meningkat. Tapi dalam forex, pendekatan ini selalunya berakhir dengan kerugian. Dalam pasaran stock, kepelbagaian yang beserdehana adalah bagus, namun kepelbagaian yang keterlaluan adalah sangat bahaya.

10. Adalah tidak wajar untuk mengambil keputusan mengakhiri dagangan. Sebagai contoh, pada hari jumat, sebelum hari minggu, atau sewaktu diakhir sesi dagangan pasaran stock. Terdapat pedagang , sebaliknya cuba untuk mengaut keuntungan sewaktu pembukaan pasaran, namun ianya tidak member anda keuntungan. Oleh itu ianya sama sekali tidak menguntungkan.

11. 9/10 dari kejayaan dagangan adalah melalui hasil dari kemahiran menganalisis peramal; oleh itu, anda perlu mengkaji, meningkalkan kemahiran dalam analisis teknikal dan asas. Kebanyakan pedagang menggunakan kedua dua jenis analisis ini. Terdapat juga peramal yang tidak melihat carta. Mereka hanya mengetahui harga melalui pembantu mereka dan mereka mengambil keputusan. Mereka mengatakan bahawa carta memeningkan kepala.

12. Anda seharusnya menyimpan diari dagangan anda dan menulis kesilapan dan keputusan yang baik untuk menganalisis pencapaian anda. Anda tidak perlu melakukannya sekiranya ingatan anda adalah sempurna. Anda hanya akan kehilangan masa anda, sekiranya anda sudah boleh mengingat semuanya. Atau anda boleh menghuraikan situasi dagangan anda yang paling menarik tanpa membuat rekod setiap hari. Ianya sangat hebat apabila seorang pedagang yang mengajar pemula, menulis buku dagangan adalah lebih berjaya daripada mereka yang tidak berkongsi ilmu dengan sesiapa pun. Sekiranya anda mengulang 100 kali perkara yang seseorang seharusnya tidak boleh dilakukan, secara automatic anda sendiri tidak akan melakukannya.

13. Semakin tinggi jumlah dagangan, semakin tinggi potensi keuntungan, tapi semakin tinggi risiko kerugian.

Pakar mengatakan, kadar kerugian anda seharusnya tidak lebih daripada 2% daripada deposit anda dalam masa sehari, dan tidak lebih daripada 10% sebulan. Ianya masuk akal untuk menghentikan kerugian anda lebih banyak, sebagai contoh 1%. Peraturan ini hanya dapat digunakan jika anda berdagang dalam jumlah yang besar. Sekiranya anda berdagang 10 dolar, anda seharusnya tidak mengalami kerugian sebanyak 10sen. Namun, tiada motif berdagang menggunakan 10 dolar.

14. Anda seharusnya berhenti seketika selepas rugi berkali kali. Berapa banyakkah dagangan yang rugi yang anda sanggup tempuh sebelum mengambil keputusan untuk berehat sekejap? Ada pedagang yang akan berputus asa selepas tiga kali posisi mengalami kegagalan, yang lain akan terus berdagang walaupun mengalami lima kali kegagalan berturut turut. Semuanya bergantung kepada taktik dagangan anda. Terdapat banyak strategi yang bagus, sekiranya anda menggunakannya dengan betul. Strategi dagangan boleh memberi manfaat kepada seorang pedagang, tapi untuk pedagang lain, ianya adalah berisiko tinggi. Terdapat peraturan umum, dimana semua pedagang perlu ikuti. Ianya bergantung kepada bagaimana pedagang menerima dan memproses maklumat tersebut.

15. Bina satu pelan dagangan. Ianya perlulah jelas dan ringkas. Jika anda mula merumitkannya, anda akan mula masuk kedalam perangkap pasaran. Pasaran yang manakah yang anda akan dagangkan? Forex? Stok dan komoditi? Kenapa yang ini dan kenapa bukan yang satu lagi? Kenapa kebanyakan pedagang tidak mahu berdagang dalam pasaran ini? Apakah yang mereka tahu yang anda tak tahu? Mungkin, anda tidak tahu apa apa? Oleh itu, anda seharusnya membaca buku teks. Anda tidak akan dapat bergusti dengan ahli gusti professional tanpa latihan yang cukup, benar atau tidak? Kenapa anda fikir bahawa pasaran akan memberi anda duit dengan begitu mudah? Pemula kebiasaannya berdagang tanpa pelan. Mereka hanya buat apa yang mereka suka. Tapi, dalam pasaran, anda harus buat apa yang anda harus buat, daripada membuat apa yang anda suka. Dan ini adalah jauh lebih sukar. Kebanyakan pedagang mengalami kerugian dalam pasaran. Jawab soalan ini: kenapa anda adalah lebih baik daripada orang ramai? Apakah perkara yang anda tahu tapi orang lain tak tahu?

16. Jangan masuk dan keluar terlalu kerap. Jika anda membuka dan menutup posisi anda terlalu kerap, anda akan gagal. Adakalanya, dagangan yang agresif boleh menghasilkan keuntungan. Tapi pada masa itu anda seharusnya menjarakkan diri dari masuk atau keluar. Dagangan anda seharusnya menjanjikan hasil. Sekurang kurangnya, peluang untuk kejayaan seharusnya tinggi. Dalam pasaran equiti yang mempunyai bullish yang kuat, anda boleh masuk banyak dagangan, menggunakan pryramiding yang selamat. Peraturannya, strategi ini berkesan sewaktu 2 tahun pertama pasaran bullish, seterusnya ialah akan menjadi semakin perlahan.

17. 1:2 – jangan rugi 10 dolar, kaut keuntungan 20 dolar. Ianya adalah strategi yang bagus, tapi ia tidak selalunya terjadi. Terdapat peramal yang berpuashati dengan keuntungan yang kecil, namun yang lain menginginkan lebih lagi. Segalanya bergantung atas pasaran yang anda berdagang. Terdapat pedagang yang fikir bahawa kadar tersebut adalah tidak masuk akal.

18. Jangan lawan trend. Trend adalah kawan anda. Itulah yang diperkatakan oleh professional. Dalam kes tertentu, anda boleh lawan trend dan untung. Namun pendekatan ini adalah agak berisiko. Pedagang yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini, yang bertindak bertentangan dengan majority, boleh berdagang melawan trend dalam forex. Terdapat anda mereka yang mengakui bahawa hanya itulah caranya untuk menguasai pasaran. Namun seseorang tidak akan berjaya tanpa latihan yang betul dan kemahiran semulajadi tertentu. Pedagang yang mempunyai ciri peribadi yang tertentu diperlukan untuk berdagang secara berlawanaan arah daripada majoriti.

19. Jangan cuba untuk mengagak dimana trend akan berpatah arah. Dalam kebanyakan kes, anda akan gagal. Penganalisis cuba untuk mencari dimanakan titik pivot dengan menggunakan Elliott waves, oscillators and indicators yang berbeza. Jika anda membaca jurnal dagangan, anda akan dapat memastikan bahawa tiada pakar yang dapat mengenalpasti titik pivot dalam kebanyakan kes. Anda tidak perlu selalu menembak target dengan tepat, anda hanya perlu mendapatkan skor yang tinggi apabila menembak. Anda perlu menembak dengan tepat untuk mengenai sasaran, bukan hanya mahu, tapi anda perlu lakukannya. Ianya adalah sama dalam perdagangan.

20. Jangan gunakan averaging. Ia akan merosakkan akaun anda. Averaging yang sederhana adalah selamat untuk pedagang untuk seketika, namun ia akan berakhir dengan kerugian yang besar. Averaging untuk menjual dalam pasaran stok bullish atau forex adalah sangat bahaya.

21. Simpan apa yang anda perolehi. Anda dah dapat duit? Adakah anda hanya merisikokan keuntungan, dan bukan duit anda sendiri? Percayalah, ianya bukan begitu. Duit yang diperolehi adalah milik anda. Dan anda perlu belajar untuk menghormatinya. Walaupun anda tidak memerlukannya, jangan bazirkannya didalam pasaran. Anda seharunya keluar dari dagangan tersebut, sewaktu hasil sedang meningkat, bukan sewaktu ianya menurun. Itulah dimana kewangan sedang menaik, bukan menurun.

22. Jangan berdagang pada waktu malam. Pasaran tidak akan lenyap kemana mana pun. Tapi duit anda mungkin akan lenyap. Anda akan mempunyai peluang untuk berdagang. Kita perlu tidur pada waktu malam. Jika anda adalah jenis yang boleh berjaga malam seperti burung hantu, tiada masalah, namun jangan berjaga terlalu lewat. Anda seharusnya mempunyai tidur yang cukup. Berdagang, yang pertama sekali ialah psikologi. Dan minda anda akan lebih produktif sekiranya anda mempunyai rehat yang cukup.

23. Hiduplah dengan kehidupan yang aktif. Anda tidak seharusnya duduk dihadapan komputer anda sepanjang hari. Pergi gym. Sukan sangat bermanfaat untuk peramal. Anda perlu fokus sesuatu yang lain juga. Anda boleh pergi ke kolam renang, taman air dan lain lain.

24. Ambil keuntungan yang besar dalam bahagian yang kecil. Anda nak jadikan 100 dolar kepada 1000 dolar. Anda perlu membahagikan tuga besar itu kepada yang lebih kecil. Pertama, besarkan modal anda kepada $200, seterusnya kepada $300, dan besarkan lagi modal anda sehingga mencapai $1000. Ianya bukan bererti anda seharusnya merisikokan $100 dengan segera. Ianya adalah tidak mustahil untuk menajdikan $100 ke $200, seterusnya $400 dan seterusnya $800, namun ianya agak sukar. Peluang untuk berjaya adalah tipis. Golongan pakar tidak akan pernah merisikokan modal sebanyak itu.

25. Gunakan instrumen yang anda tahu dan faham. Adakah anda mempunyai pengalaman dalam berdagang? Apakah pasaran yang ada lebih suka? Jika anda berminat dengan komoditi, pilihlah pasaran tersebut, kerana pergerakan harga adalah lebih mudah untuk dijangka. Sebagai ontoh, jika anda pakar dalam pasaran gold, dagangkan logam berharga ini. Jika anda telah berdagang menggunakan cagaran untuk jangkamasa panjang, gunakan kepakaran anda itu.

26. Pilih leverage kewangan yang sesuai.

26. Pilih leverage yang optimum.



Banyak broker yang menawarkan leverage 1:100, bahkan 1:500. Ia bukanlah bermaksud bahawa anda harus menggunakan leverage maksima. Leverage kewangan 1:10 dan 1:20 digunakan dalam pasaran stok. Dalam forex, biasanya leverage 1:100 digunakan. Jika anda berdagang dengan kuasa penuh (full margin), anda akan kehilangan duit anda dalam amsa terdekat. Walaubagaimanapun, pedagang mungkin akan merasa bosan dengan leverage yang kecil.

27. Terima kekalahan dengan hati yang terbuka. Untuk menerimanya dengan senang hati, jangan biarkan kadar kerugian terlalu tinggi. Terima kekalahan dengan senyuan, tapi cari keuntungan yang tinggi. Pedagang kebiasaannya mengunakan teknik piramid, dalam market ekuiti. Ia boleh menjana keuntungan yang agak besar. Untuk melakukannya, anda perlu membuka posisi, satu demi satu, dan jangan lupa untuk meletakkan order stoploss pada paras breakeven. Tapi anda perlu bersedia dengan kemungkinan terjadinya dagangan yang kosong, atau mungkin mengalami kerugian (disebabkan jurang dalam pasaran).

28. Dagangan automatik. Adakah ia masuk akal untuk menggunakan dagangan automatik. Berdasarkan jawapan, pedagang dibahagi kepada dua kumpulan. Terdapat mereka yang fikir ianya adalah lebih baik untuk mengelak pedagang-robot. Yang lain menggunakan robot didalam pasaran dan agak gembira. nampaknya, anda boleh menggunakan dagangan automatik, namun dengan berhati hati. Robot mempunyai kelebihan berbanding dengan manusia, mereka tidak perlu rehat, masa terluang, aktiviti beriadah, makan tengahari, dan lain lain. Tambahan pula, perisian komputer tidak mempunyai emosi, oleh itu ianya tidak pernah mengalami masalah gugup. Tapi, siapakah yang mencipta perisian tersebut? Manusia. Dan mereka tidak semestinya pakar dalam berdagang. Mereka ialah pemrogram komputer yang hebat dalam sains yang tidak begitu penting dalam pasaran. Psikologi adalah sangat penting. Pemrogram komputer kebiasaannya ahli priskologi yang terus, dan sebaliknya.


Kesimpulan

Tidak kira apa pun yang orang kata, tapi money management adalah salah satu elemen yang sangat penting dalam meramal pasaran. Anda boleh menggunakan sistem dagangan yang paling hebat, membuat pelan dagangan yang tidak boleh disangkal, bertanggungjawab dan wajar, namun jika anda tidak mengambil tahu mengenai money management, anda tidak akan pernah berjaya. Beginner kebiasaannya memusnahkan akaun mereka dan membuka akaun baru sehinggalah mereka memahami kenyataan yang ringkas ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini