Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan kekurangan permintaan pasaran, kata peniaga.

Pada 9.00 pagi, ringgit berada pada 4.1950/1990 berbanding dolar AS daripada 4.1940/1980 penutup semalam.

Ketua Dagangan Asia Pasifik di OANDA, Stephen Innes, berkata ketidaktentuan risiko global dan penyusutan harga minyak menyaksikan kebanyakan peniaga tidak memasuki pasaran.

“Tumpuan kekal kepada mesyuarat antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping di Argentina minggu depan, mendorong pelabur memilih untuk tunggu dan lihat,” katanya.

Pada 9.15 pagi, Brent berada pada AS$62.60 satu tong.

Ringgit juga didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0549/0594 daripada 3.0526/0560 penutup semalam, tetapi menokok berbanding yen kepada 3.7117/7166 daripada 3.7131/7177.

Ia susut berbanding euro kepada 4.7848/7898 daripada 4.7824/7874 dan turun berbanding pound British pada 5.4015/4071 daripada 5.3629/3705. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini