Ringgit dibuka tidak berubah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tidak berubah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan pelabur menanti pembentangan Belanjawan 2019 esok.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1830/1860, sama seperti penutup semalam.

Peniaga berkata, bajet penting kepada pelabur kerana ia menggariskan hala tuju dasar baharu kerajaan Pakatan Harapan.

"Ini adalah bajet pertama kerajaan baharu. Sehubungan itu, pelabur mahu melihat prospek tumpuan kerajaan," katanya.

Beliau juga berkata, penyusutan harga minyak disebabkan peningkatan bekalan dan kebarangkalian perang perdagangan AS-China memberi kesan kepada pasaran bahanapi menyebabkan selera terhadap ringgit berkurangan, berikutan mata wang itu terlalu bergantung kepadanya.

Pada 9 pagi, penanda aras minyak mentah Brent didagangkan pada AS$74.72 satu tong daripada AS$76.31 satu tong semalam.

Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0215/0243 daripada 3.0176/0209 Rabu dan berbanding euro ia mengukuh kepada 4.7377/7427 daripada 4.7414/7465.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3731/3790 daripada 5.3262/3317 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7080/7117 daripada 3.6969/6005. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini