Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit pada Isnin susulan unjuran bahawa nota tempatan akan terjejas disebabkan beberapa faktor, terutama kelembapan pertumbuhan global, kata Ketua Pedagang OANDA Asia Pasifik, Stephen Innes.

Kelembapan pertumbuhan global tidak baik untuk harga minyak dan akhirnya memberi kesan ke atas eksport tempatan, dengan pasaran mata wang mencatatkan permulaan yang sangat lembap hari ini. Namun, saya menjangkakan data EU dan China yang lemah minggu lalu, akan berterusan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) juga dijangka menaikkan kadar faedah minggu ini yang akan terus menyokong dolar.

"Namun, pasaran telah memberikan gambaran peningkatan yang tinggi daripada unjuran Fed untuk 2019 dan 2020, dan oleh itu ia akan kekal neutral.

"Saya jangkakan ringgit akan berusaha untuk mendapatkan daya tarikan dalam persekitaran semasa, tetapi saya tidak menjangkakan ujian jangka pendek pada paras 4.20," katanya.

Sementara itu, nota tempatan lebih rendah berbanding yen, apabila mencatat 3.6876/6930 berbanding 6842/6895 pada Jumaat, merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0405/0446 daripada 3.0393/0434 dan rendah berbanding euro pada 4.7296/7369 daripada 4.7239/7299 .

Ringgit bagaimanapun meningkat kepada 5.2631/2698 berbanding pound daripada 5.2635/2710.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini