Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) buat dua hari berturut-turut hari ini berikutan kurangnya dorongan positif, kata seorang peniaga.

Pada 6 petang, ringgit didagangkan pada paras 4.1620/1670 berbanding dolar AS daripada paras 4.1525/1555 semasa ditutup pada Rabu.

Peniaga berkata kebanyakan mata wang serantau berdepan sentimen pasaran lemah berikutan penurunan kadar faedah bagi keuntungan bon AS, yang memberi isyarat bagi kemungkinan kemerosotan ekonomi.

“Selain itu, peserta pasaran sedang menunggu hasil mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) di Austria lewat hari ini,” katanya.

Ringgit didagangkan lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama yang lain.

Ia hampir tidak berubah berbanding dolar Singapuara pada paras 3.0362/0409 daripada 3.0366/0392 pada Rabu tetapi susut berbanding yen kepada 3.6953/6007 daripada 3.6754/6784.

Mata wang tempatan turut menyusut berbanding euro kepada 4.7197/7262 daripada 4.7077/7115 dan berbanding pound turun kepada 5.3016/3096 daripada 5.2832/2891 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini