5 KISAH YANG MEMBERI INSPIRASI BERKAITAN DUIT



Para pedagang yang kaya raya hasil dari perih jerih sendiri

Tahun baru adalah masa yang tepat sekali untuk menetapkan sasaran baru, merangka pelan dan menyuntik semangat baru ke dalam diri. Dan apakah yang lebih menginspirasikan dari kisah-kisah kejayaan? Forex adalah suatu tempat di mana segalanya mungkin untuk semua orang. Berikut adalah 5 kisah mengkagumkan tentang para pedagang yang ternama, yang bermula dengan pelbagai latar belakang berbeza, tetapi berkongsi satu ciri yang sama – kejayaan.

Edward Arthur Seykota: bapa sistem perdagangan


Lelaki ini berdagang buat pertama kali pada usia… 5 tahun! Seorang budak dari keluarga imigran, yang berpindah dari Belanda ke Amerika Syarikat, telah menjual pingat berwarna emas kepada jirannya unutk mendapatkan 5 kanta pembesar.

Seykota dikenali sebagai bapa sistem perdagangan. Sejak dari dekad 1970an di mana beliau mula menjadi seorang pedagang, beliau sudah tertarik dengan idea mesin pembuat duit mekanikal automatik dan analisis teknikal.

Beliau telah membangunkan algoritma mekanikal untuk sistem perdagangan dan mula menggunakan program komputer dalam perdagangan – dan amaun keuntungan yang beliau berjaya capai di salah satu akaun pelanggannya mencatat rekod yang masih belum dipecahkan lagi. Robot yang beliau gunakan dikira telah mencatat keuntungan lebih 250,000% bagi tempoh 1972 hingga 1988 – ini bermakna para pelanggan Seykota mendapat 15 juta dolar dari pelaburan $5000. Ia bukan tuah – ia algoritma yang mantap.


"Peraturan berdagang yang saya pegang adalah: 1. Potong kerugian. 2. Ambil kesempatan pada posisi yang menjadi. 3. Pastikan taruhan kecil-kecil belaka. 4. Ikut peraturan tanpa soal. 5. Tahu bila perlu melanggar peraturan." – Ed Seykota

Ingeborga Mootz: nenek jutawan



Jika Ed Seykota bermula ketika berumur semuda 5 tahun, Frau Mootz datang dari sisi bertentangan spektrum usia di Forex. Ada nenek-nenek yang suka membuat kek – sesetengahnya pula berdagang untuk menjadi jutawan.

Ingeborga Mootz seorang jutawan berusia 96 tahun, yang mana 15 tahun sebelum itu hanyalah seorang balu berbangsa Jerman yang biasa-biasa. Kini beliau antara orang paling terkenal di Jerman.

Beliau lahir di dalam sebuah keluarga yang miskin, berkahwin pada usia semuda 17 tahun untuk keluar dari kemiskinan – tetapi ternyata ia tidak begitu membantu beliau. Sehingga beliau berusia 75 tahun, beliau perlu merayu kepada suaminya untuk setiap mark yang beliau mahu belanjakan. Bila beliau mahu mendapatkan pekerjaan, suaminya akan mengecewakan beliau, mengatakan beliau hanya seorang wanita tua yang bodoh dan tidak akan mampu menghasilkan pendapatan. "Jika kamu fikir saya tidak boleh berkerja, saya akan berdagang di pasaran" – kata beliau pada satu hari bila sudah terlalu marah. Beliau tidak berbohong.

Selepas kematian suaminya, frau Mootz mewarisi 1000 saham suatu syarikat tempat suaminya berkerja. Beliau memutuskan untuk mengambil risiko dan menggunakannya sebagai modal untuk keluar dari kemiskinan. Ia keputusan yang betul: sepanjang 8 tahun pertama beliau berdagang, wanita tua ini telah memperoleh lebih dari 500,000 Euro!

Beliau menjadi pujaan ramai kerana gaya perdagangan beliau – beliau tidak menggunakan gajet, internet, signal perdagangan. Apa yang beliau perlu tahu, beliau mendapatkannya dari suratkhabar. Jika anda berminat untuk tahu bagaimana strategi seperti ini menghasilkan jutaan euro kepada wanita tua ini, baca buku beliau “Borsenkrimi” atau “Stock Market Detective”.


"Beli murah, jual mahal" – Ingeborga Moot


Nassim Taleb: Black Swan pasaran



Pedagang ini telah mencetus salah satu teori yang paling menarik dan kontroversi di dunia perdagangan – teori Black Swan, atau teori tentang peristiwa yang tampak sangat tidak mungkin terjadi.

Dilahirkan di Lubnan, dalam sebuah keluarga Ortodoks Yunani, Taleb mula menjadi pedagang selepas tamat pengajian dari University of Paris. Lebih banyak beliau pelajari statistik, beliau menjadi lebih yakin bahawa keseluruhan sistem kewangan adalah seperti peti dinamit yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Beliau menjadi benar-benar popular selepas menerbitkan bukunya, "The Black Swan". Menurut Taleb, hampir semua peristiwa yang boleh memberikan kesan besar kepada pasaran bersifat tidak boleh diramal secara mutlak. Kebanyakan pengurus risiko berkerja dengan masa lampau agar boleh meramal masa hadapan, tetapi masa lampau tidak memberikan sebab kepada apa sahaja yang boleh terjadi di masa hadapan. Ayam belanda yang diberi makan dengan sempurna selama 1000 hari tidak menjangkakan dia akan disembelih pada hari ke 1001 untuk hidangan Thanksgiving – tetapi itulah yang akan berlaku. Disembelih pada hari ke 1001 adalah Black Swan untuk ayam belanda tersebut, tetapi bukan untuk pemilik reban. Justeru, pengurusan risiko tradisional, yang digunakan oleh agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat adalah tidak berguna. Teori ini mula menjadi popular ketika krisis kewangan 2008 terjadi.

Oleh kerana strategi Taleb sebagai seorang pedagang adalah untuk melindungi pelabuar dari krisis dan dalam masa yang sama meraih ganjaran dari peristiwa-peristiwa yang jarang berlaku – karier beliau lebih seperti percubaan untuk memenangi beberapa jackpot. Contohnya seperti yang beliau alami pada Black Monday, 19 Oktober 1987: setelah Dow Jones Industrial Average jatuh 22.6%, Taleb mendapat keuntungan sebanyak $40 juta.


"Saya tahu bahawa sejarah akan didominasi oleh kejadian tidak diduga berlaku. Saya cuma tidak tahu apakah peristiwa tersebut" – Nassim Taleb

George Soros: lelaki yang membankrupkan Bank of England



Soros mungkin pedagang yang paling terkenal sepanjang zaman. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi di Hungary, beliau nyaris terkorban di era penjajahan Nazi. Ketika belajar, George berkerja sebagai porter stesen keretapi dan pelayan kelab malam untuk mencari wang saku.

Selepas beliau berpindah ke New York dan berkerja untuk beberapa firma perbrokeran Wall Street, kehidupan sebenar genius kewangan ini pun bermula. Beliau dikenali sebagai orang yang membangkrutkan Bank of England pada tahun 1992 dengan membuat taruhan besar melawan pound British. [Beliau telah untung satu bilion dolar dalam hanya satu hari sahaja.]

Soros juga dikenali sebagai dermawan. Seorang billionaire yang menggunakan kekayaannya untuk menubuhkan Open Society Foundations – satu jaringan pelbagai yayasan, rakan kerjasama dan projek-projek di lebih 100 negara di seluruh dunia.

Pada tahun 2018, Financial Times menamakan En. Soros sebagai “The Person of the Year”. Menurut majalan itu, keputusan tersebut bukan sahaja berdasarkan kepada semua pencapaian Soros, tetapi juga pada nilai yang ada pada beliau sebagai ahli falsafah dan dermawan.

"Saya seorang manusia sebelum saya menjadi seorang ahli perniagaan" – George Soros

Richard Dennis: Prince of Pit



Kisah Dennis adalah kisah lagenda perdagangan yang masih mampu membakar semangat pedagang baru hari ini. Kekayaan yang melimpah ruah, seorang genius dan pelopor perdagangan komoditi – begitulah bagaimana Richard Dennis dikenali.

Beliau dilahirkan di selatan Chicago di dalam sebuah keluarga Irish yang miskin. Beliau bermula sebagai runner di lantai dagangan di Chicago Mercantile Exchange pada usia 17 tahun – dan telah menggandakan $1,600 menjadi $200 juta dalam tempoh 10 tahun berdagang komoditi sejak berusia 23 tahun.

Beliau terkenal dengan eksperimen Turtles beliau, di mana beliau telah melatih sekumpulan orang untuk dua minggu. Setelah eksperimen beliau berakhir 5 tahun kemudian, semua Turtles beliau memperoleh keuntungan agregat sebanyak $175 juta.

Dennis seorang pedagang trend. Beliau gemar mencari trend dan meletakkan semakin banyak dagangan pada arah trend dengan leveraj yang semakin tinggi – agar dia dapat buat sebanyak mungkin wang bila bernasib baik.

"Bila anda ada posisi, anda membukanya untuk suatu sebab, justeru anda perlu mengekalkannya sehingga sebab itu tidak lagi wujud." – Richard Dennis


Dari papa menjadi kaya – ini boleh jadi kisah hidup sesiapa sahaja

Setiap pedagang mempunyai kisah mereka sendiri. Semuanya pernah melalui zaman susah dan senang, tetapi suatu perkara yang sama pada mereka semua adalah semangat untuk berdiri semula dan kembali mengejar kejayaan. Pengajaran dari setiap kisah kejayaan berdagang ini sama: ianya belum berakhir melainkan anda sendiri yang memutuskan untuk berputus asa. Semoga tahun 2019 menyaksikan penambahan nama-nama pedagang terbaik yang baru, dan kami berharap salah seorangnya adalah anda!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini