Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan mata wang pasaran sedang pesat membangun lain selepas rancangan Brexit Perdana Menteri United Kingdom (UK) Theresa May ditolak oleh Parlimen.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1090/1110 berbanding dolar AS daripada 4.1030/1080 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata sehingga keadaan tidak menentu di pasaran UK mereda, ringgit mungkin terjejas kerana Malaysia merupakan satu daripada rakan dagangan UK.

"Walaupun rancangan Brexit ditolak semalam, Parlimen dijangka membentangkan usul tidak percaya terhadap May pada Rabu, yang mana keputusannya dijangka mempengaruhi keputusan dibuat ke atas Brexit," katanya.

UK dijangka keluar dari Kesatuan Eropah (EU) pada 29 Mac. Bagaimanapun, EU bersiap sedia untuk menangguhkan Brexit sehingga Julai.

Bagaimanapun, peniaga itu juga berkata kenaikan harga minyak menampan kesan ke atas ringgit.

Harga penanda aras minyak mentah Brent mencecah AS$60.59 setong berbanding AS$59.44 pada Selasa.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgi susut berbanding dolar Singapura daripada 3.0322/0355 kepada 3.0312/0360 pada Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.6880/6923 daripada 4.6910/6975.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.7826/7848 daripada 3.7788/7844 sebelumnya dan turun berbanding pound British kepada 5.2899/2941 daripada 5.2777/2874.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini