Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini seiring dengan prestasi serantau berikutan permintaan yang lemah terhadap mata wang tempatan itu.

Pada jam 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1030/1080 berbanding dolar AS daripada 4.0970/0020 yang direkodkan semalam.

Peniaga berkata, keadaan itu disebabkan aktiviti pengambilan untung terhadap ringgit selepas mencatat peningkatan baru-baru ini apabila ia mencecah paras tinggi empat bulan pada Jumaat minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, ringgit akan terus mengukuh apabila jualan asing selama sembilan minggu di Bursa Malaysia berakhir dan minyak mentah Brent dijangka mencecah AS$60.48 satu tong minggu ini.

Semasa berita ini ditulis, minyak mentah Brent diniagakan pada AS$59.44 satu tong.

"Selain dana asing kembali ke pasaran tempatan dan harga minyak yang stabil penyertaan pekerja juga menunjukkan negara ini berada di landasan betul untuk menghasilkan lebih banyak pekerjaan.

Jabatan Perangkaan hari ini, mengeluarkan data pekerjaan sehingga November tahun lalu yang menunjukkan kadar penyertaan pekerja meningkat 0.5 mata peratusan daripada 67.9 peratus sebelumnya manakala kadar pengangguran kekal pada 3.3 peratus.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0312/0360 daripada 3.0238/0286 yang direkodkan semalam, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6910/6975 daripada 4.6960/6034.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7788/7844 daripada 3.7879/7936 semalam, menyusut berbanding pound British pound British kepad 5.2777/2874 daripada 5.2577/2653 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini