Pasangan Silang Matawang: bagaimana cara mendagangkannya? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pasangan Silang Matawang: bagaimana cara mendagangkannya?



Tahukah anda bahawa peluang untuk membuat wang tidak terhad dengan hanya EUR/USD, GBP/USD dan USD/JPY yang menjadi kegemaran anda? Bahawasanya suatu pasangan matawang boleh dibentuk tanpa dolar AS? Di dalam artikel ini, kita akan memperkenalkan anda kepada apa yang dipanggil sebagai "pasangan silang matawang" ( "currency cross pair").

Anda akan mempelajari tentang ciri-ciri khusus pasangan-pasangan ini dan belajar bagaimana anda boleh dagangkan mereka di samping mengelak dari melakukan kesilapan-kesilapan lazim.

Apakah itu pasangan silang matawang?

Selepas Perang Dunia Ke-2 berakhir dan standard emas (gold standard) usang, kebanyakan matawang disebut harganya melawan dolar AS yang disandarkan kepada emas. Bila seseorang itu mahu menukarkan sejumlah wang kepada matawang lain, beliau perlu menukarkan wang tersebut kepada USD dan kemudian menukarkannya kepada matawang yang dimahukan.

Mujurlah, pasangan silang matawang (currency cross pair) dicipta. Ia membolehkan kita melangkau proses menukarkan matawang kepada dolar AS, di mana suatu matawang boleh dinisbahkan kepada matawang lain secara terus.Secara amnya, suatu pasangan silang matawang (currency cross pair, cross currency, cross) adalah pasangan matawang di pasaran Forex yang tidak mengandungi USD.Di FBS, anda boleh dagangkan AUD/CAD, EUR/GBP, CHF/JPY, EUR/NZD, dan banyak lagi pasangan silang lain!

Bagaimanakah kaedah pengiraan kadar bagi pasangan silang?

Adalah penting untuk kita fahami bagaimana pasangan jenis ini dibentuk.Mari kita pertimbangkan pasangan EUR/GBP. Kita perlu lihat pada harga bid/ask untuk GBP/USD dan EUR/USD untuk mengira harga bid bagi EUR/GBP.Mengapa kami pilih pasangan-pasangan ini? Ia kerana mereka mempunyai USD sebagai matawang sebutharga (quote currency) padanya.

GBP/USD: 1.2887 (bid) / 1.2889 (ask)

EUR/USD: 1.1286 (bid) / 1.1287 (ask)

Untuk mengira harga bid untuk EUR/GBP kita perlu membahagikan harga bid matawang asas (base currency) dengan harga ask matawang sebutharga:

EUR/GBP (bid) = 1.1286/1.2889 = 0.8756

Untuk harga ask, kita perlu bahagi harga ask matawang asas dengan harga bid matawang sebutharga.

EUR/GBP (ask) = 1.1287/1.2887= 0.8758

Tampak sukar? Kebanyakan broker, termasuk FBS, mengirakan harga silang dan saiz spread untuk anda secara automatik. Justeru, anda tidak perlu mempelajari formula di atas. Yeay!


Apakah pasangan silang yang anda boleh pilih?

Pasangan silang matawang boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama – pasangan silang dengan major yang lazim didagangkan (EUR, JPY, dan GBP). Ia mempunyai kecairan yang baik, yang sebanding dengan pasangan-pasangan major matawang. Ia menunjukkan bahawa ada ramai pedagang yang mendagangkannya dan kebarangkalian harga melompat di luar jangkaan adalah rendah. Anda boleh dagangkan, sebagai contoh, EUR/GBP, GBP/JPY, CHF/JPY.

Kumpulan kedua menghimpunkan apa yang dipanggil sebagai pasangan silang yang "samar-samar" kerana sangat sedikit bilangan pedagang yang mendagangkannya. Ia tidak mempunyai EUR, JPY atau GBP padanya. Ini membuatkan pergerakan harganya sangat meruwap. Mari kita lihat pada carta NZD/CAD. Kita boleh lihat candlestick bullish dan bearish yang panjang-panjang. Pakuan besar ini mendatangkan cabaran tambahan kepada para pedagang ketika menentukan pergerakan harga yang selanjutnya. Anda perlu berhati-hati bila mendagangkan mereka dan membuat analisis yang mantap.


Akhir sekali, kita ada pasangan-pasangan silang eksotik. Ia mempunyai matawang dari pasaran yang sedang membangun. Di FBS, anda boleh dagangkan pasangan silang eksotik seperti CNH/JPY, EUR/TRY, dan EUR/CNH. Sama seperti kumpulan kedua tadi, anda perlu berhati-hati bila mendagangkannya dan jangan lupa menggunakan renti rugi.

Mengapakah anda perlu dagangkan pasangan-pasangan silang matawang?

• Ia membolehkan anda berdagang dengan fundamental dengan lebih mudah. Jika berita atau pengumuman untuk EUR menolak EUR naik lebih tinggi dan USD adalah kuat, ia boleh mengakibatkan aksi harga pada EUR/USD menjadi rata. Pasangan silang boleh membantu anda mengambil peluang ke atas EUR. Namun adalah penting untuk anda mengikuti semua perkembangan politik dan ekonomi di negara yang matawangnya menjadi pilihan anda. Kekurangan maklumat atau maklumat yang salah boleh menjerumuskan anda ke dalam kerugian.

Di gambar di bawah, pengumuman yang lemah untuk AS dolar dan berita positif untuk EUR menunjukkan keseimbangan kuasa antara bull dan bear dan menjadikan pasangan didagangkan menjajar ke sisi. Kesannya, adalah lebih sukar untuk menentukan dan mengikuti trend semasa.


Sekarang mari kita lihat pada carta EUR/GBP. Kita tahu bahawa ekonomi British sedang bergelut disebabkan oleh ketidaktentuan Brexit. Inilah sebabnya mengapa EUR lebih kuat berbanding GBP. Kita dapat lihat uptrend lebih mudah ditentukan di sini di mana EUR sedang menolak pasangan ini lebih tinggi. Inilah sebabnya mengapa kita boleh mengambil kesempatan dari berita-berita positif untuk Zon Euro.



• Anda boleh dagangkan perbezaan kadar faedah (strategi bawa ke hadapan, carry trade strategy)

Anda boleh buat duit dengan menjual matawang yang mempunyai kadar faedah lebih rendah melawan matawang yang negaranya mempunyai kadar faedah lebih tinggi. Strategi ini dikenali sebagai strategi carry trade. Pelajari cara-cara mengaplikasikannya di dalam perdagangan anda dari artikel kami:

• Ia membantu anda berdagang dengan matawang-matawang major

Pasangan silang matawang boleh membantu anda mengenalpasti kekuatan relatif setiap pasangan matawang major.Bayangkan anda melihat signal beli untuk kedua-dua EUR/USD dan GBP/USD, tetapi anda hanya boleh dagangkan satu pasangan matawang. Analisis untuk silangan EUR/GBP akan membantu anda menentukan pasangan yang terbaik untuk posisi long. Jika trend untuk pasangan ini adalah bullish, ia menunjukkan bahawa EUR lebih kuat secara relatif berbanding GBP pada waktu itu. Jadi anda boleh beli EUR/USD berbanding GBP/USD.Oleh kerana GBP lebih lemah dari EUR, jika ia menguat berbanding USD, ia akan menguat tidak sebaik euro. Hasilnya, EUR/USD akan meningkat lebih jauh berbanding pound British bila USD melemah.

Contoh

Pada carta EUR/USD dan GBP/USD di bawah, kami dapat lihat MACD membentuk capahan bullish (bullish divergence), yang mana ia mungkin signal yang baik untuk beli. Namun kami perlu pilih hanya satu pasangan.




 Kita memutuskan untuk menyelidik EUR/GBP untuk petunjuk-petunjuk tambahan. Pasangan ini sedang bergerak ke atas. Ini bermakna EUR lebih kuat dari pound British. Jika matawang menguat, anda akan mengaut lebih banyak pips jika dagangkan EUR/USD, berbanding GBP/USD.



Kesimpulan

Kini anda dapat melihat bahawa mendagangkan pasangan silang matawang bukan saja satu cara untuk pedagang tampak lebih "hipster". Ia membantu anda memahami sebarang pergerakan di pasaran, memberikan anda peluang untuk mendagangkan satu matawang dengan yang lain secara langsung dan menawarkan anda peluang yang lebih cerah untuk mengaut keuntungan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini