Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit berundur dari kenaikan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan pelabur beralih ke mata wang AS itu selepas terdapat perkembangan baharu dalam rundingan Brexit, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.0720/0760 daripada 4.0640/0690 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh seiring dengan kenaikan pound sterling ke paras tinggi tujuh bulan selepas pemimpin negara-negara Eropah memberi petanda akan pertimbang menangguhkan Brexit sekiranya perbincangan itu gagal mencapai persetujuan menjelang 29 Mac.

Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.6721/6767 daripada 3.6798/6854 pada Rabu namun menyusut berbanding euro kepada 4.6319/6369 daripada 4.6301/6378.

Berbanding dolar Singapura, ia merosot kepada 3.0194/0228 daripada 3.0155/0197 dan menyusut berbanding pound British kepada 4.4211/4276 daripada 5.3970/3053 sebelumnya. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini