Ringgit dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit melantun daripada penyusutan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan pelabur beralih minat kepada mata wang pasaran baharu muncul, kata peniaga.

Katanya, minat pelabur beralih berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap prospek mata wang negara maju itu.

Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0660/0690 berbanding dolar AS daripada 4.0690/0740 ketika ditutup pada Selasa.

Peniaga berkata, kebanyakan mata wang pasaran baharu muncul, termasuk ringgit, mendapat manfaat selepas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell, menyatakan bahawa bank pusat itu tidak tergesa dalam melaksanakan dasar monetari, sekali gus menjadikan dolar AS kekal kepada hampir paras terendah dalam tempoh tiga minggu.

Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama, kecuali dolar Singapura.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0159/0192 daripada 3.0161/0209 pada Selasa namun rendah berbanding pound British kepada 5.3891/3947 daripada 5.3638/3708.

Berbanding yen, ringgit susut kepada 3.6780/6810 daripada 3.6711/6759 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.6316/6362 daripada 4.6244/6321.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini