Ringgit terus aliran meningkat



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini apabila permintaan terhadap mata wang AS itu lemah dalam keadaan ketidakpastian tentang rundingan perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0700/0740 berbanding paras penutup 4.0780/0830 pada Selasa.

Seorang peniaga berkata, dolar AS berada di bawah tekanan apabila pusingan seterusnya rundingan perdagangan antara AS dan China berlangsung pada Selasa (malam semalam waktu tempatan) di Washington menyaksikan Rumah Putih menggesa Beijing mengekalkan nilai yuan stabil sebagai sebahagian daripada rundingan perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.

Langkah berkenaan bertujuan untuk meneutralkan sebarang usaha oleh China bagi menurunkan nilai mata wangnya untuk bertindak balas kepada tarif Amerika.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0081/0115 daripada 3.0052/0093 pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 5.3154/3223 daripada 5.2680/2761, dan jatuh berbanding euro kepada 4.6182/6236 daripada 4.6085/6158.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6753/6796 daripada 3.6812/6867 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini