CopyTrade untuk Pelabur: Panduan menuju kejayaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

CopyTrade untuk Pelabur: Panduan menuju kejayaan


Pasaran Forex adalah salah satu dari pasaran yang paling kompetitif dan dinamik. Ia sebuah sistem yang berkembang pantas dan sangat sensitif terhadap segala macam cabaran dan perubahan yang berlaku di dunia nyata. Pasaran bergerak mengikut arus trend, dan pasaran itu sendiri mencetus trend. Dalam gelombang era globalisasi sosial, muncul perdagangan sosial.

Aplikasi CopyTrade adalah istilah baru dalam perdagangan dan pelaburan, merujuk kepada wadah perdagangan sosial yang pesat berkembang dan menjadi trend yang popular. Ia adalah cara yang efisien dan mudah untuk menghasiulkan pendapatan pasif: anda, sebagai Pelabur, depositkan dana anda dan meniru pesanan-pesanan yang dibuat oleh para Pedagang profesional. Secara asasnya, gunakan wang anda dan hasilkan keuntungan tatkala orang lain berdagang untuk anda.

Platform CopyTrade FBS lahir atas permintaan yang tinggi dari komuniti kami. App ini dibina sebagai satu platform yang menyenangkan dan mudah digunakan oleh para Pelabur dan Pedagang untuk berinteraksi dan meraih manfaat dari kerjasama mereka. App ini dengan pantas telah menjadi popular dan membuktikan bahawa ia diperlukan oleh para pelanggan: ia sudah dimuat turun lebih 1,000,000 kali di AppStore dan Google Play dan telah memenangi anugerah “Best Copy Trading Application 2018 Global” dari CFI.

Kelebihan paling utama pada CopyTrade, ia membolehkan para pelabur memasuki pasaran tanpa perlu mempunyai apa-apa ilmu kewangan yang mendalam mahu pun yang spesifik. Platform ini membolehkan para Pelabur membuka satu sumber pendapatan pasif: pelaburan berkerja untuk pemiliknya pada bila-bila masa dan di mana jua, dengan hanya beberapa klik di skrin telefon. Ia lebih dari sekadar aplikasi perdagangan sosial – ia aplikasi perdagangan sosial mudah alih yang membantu para Pelabur untuk terus aktif dia jua mereka berada. Para Pelabur boleh memilih dari lebih 100 saluran pembayaran dan menggunakan saluran yang paling senang dan selesa buat mereka. Dengan hanya beberapa klik, para Pelabur menjadi sebahagian dari komuniti profesional pasaran yang berada di sisi mereka 24/7.

Bagaimana cara memasuki pasaran dengan CopyTrade

Para Pelabur tidak memerlukan apa-apa yang khusus untuk menyertai CopyTrade: app ini boleh ditemui di AppStore atau Google Play. Apa yang para Pelabur perlu lakukan adalah muat turun app ke peranti mereka dan mula meneroka pasaran.

Skema kerja CopyTrade amat mudah sekali: para Pedagang mempamerkan prestasi pasaran mereka dan para Pelabur pula meniru pesanan mereka dengan memberikan komisen pada kadar tertentu yang telah ditetapkan oleh Pedagang. Tonton video panduan langkah demi langkah untuk pendaftaran dan peniruan pesanan di bawah:





Lifehack untuk Pelabur: pilih Pedagang anda dengan bijaksana


Secara asasnya, segalanya yang perlu dilakukan oleh seseorang Pelabur untuk memasuki dunia perdagangan sosial dan mula menjana pendapatan tanpa bersusah-payah di Forex, adalah memilih Pedagang yang harus ditiru, dan memilih mereka dengan bijaksana. Senarai Pedagang memberikan Pelabur semua maklumat yang diperlukan dengan mencukupi untuk membuat keputusan yang pintar – namun tricknya di sini adalah untuk membaca maklumat tersebut dengan betul.

Berikut adalah beberapa perkara paling lazim dan penting yang para Pelabur harus ingat bila memilih Pedagang untuk ditiru.

Apakah itu Kadar Pulangan?



Kadar pulangan adalah indikator kompleks berkenaan pulangan yang dijana seseorang Pedagang dalam satu-satu tempoh masa. Secara mudahnya, app mengira nisbah antara keuntungan Pedagang dan deposit mereka. Bila-bila seseorang Pedagang membuat deposit baru, Kadar Pulangan dilaras dan dikira berdasarkan kepada baki akaun yang baru. Para Pelabur boleh meilhat Kadar Pulangan para Pedagang bagi tempoh 1 minggu, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan, dan 12 bulan.

Lebih tinggi Kadar Pulangan seseorang Pedagang, lebih baik untuk Pelabur – ia bererti peluang untuk meraih keuntungan lebih tinggi bila meniru pesanan Pedagang tersebut.

Apakah maksud anak panah hijau dan merah di sebelah Kadar Pulangan? Mengapakah ia ke atas dan ke bawah?



Betul-betul di sebelah Kadar Pulangan, anda boleh lihat anak panah yang dimaksudkan. Ia boleh jadi merah atau hijau, dan ke atas atau ke bawah. Anak panah ini menandakan perubahan Kadar Pulangan. Ia dikira berdasarkan data hari semasa dan dua hari sebelumnya. Arah anak panah menunjukkan dinamik Kadar Pulangan. Anak panah ini boleh membantu anda memilih pedagang ada satu-satu ketika, kerana arah anak panah menunjukkan sama ada Kadar Pulangan sedang meningkat atau menurun pada ketika itu.

Ingat:

1. Dinamik indikator dikira untuk tempoh tiga hari terakhir. Jadi, bila mengambil kira arah pergerakan anak panah, sila ilhat juga pada Kadar Pulangan optimal bagi tempoh 1 bulan.

2. Jika Kadar Pulangan bagi 1 bulan cukup tinggi, tetapi anak panah mengarah ke bawah, anda tidak perlu panik. Ini bererti Pedagang tersebut kurang berjaya dalam urusniaganya dalam tempoh tiga hari kebelakangan – tetapi beliau berjaya bagi tempoh sebulan kebelakangan secara keseluruhannya

Apakah komisen yang dimaksudkan?

Para Pelabur membayar Pedagang sejumlah yang tertentu dari keuntungan mereka. Komisen ini adalah sekian peratusan dari keuntungan yang diminta oleh Pedagang sebagai imbalan. Pedagang boleh menentukan sendiri amaun komisen mereka.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tempoh Hayat?

Tempoh Hayat adalah tempoh keseluruhan sejak akaun Pedagang tersebut mula wujud. Lebih besar Jangka Hayat – lebih lama akaun Pedagang ini telah wujud di pasaran.


Haruskah saya pilih hanya seorang sahaja Pedagang untuk ditiru?

Tidak semestinya. Pelabur yang bagus pasti tahu – jangan letak semua telur anda di dalam satu bakul. Pelabur boleh memilih lebih dari satu Pedagang untuk ditiru asalkan dana mereka mencukupi. Lebih ramai Pedagang berjaya, yang memenuhi kriteria Pelabur – lebih banyak keuntungan!

Berapakah deposit permulaan yang disyorkan?

Di app CopyTrade, para Pelabur boleh bermula dengan deposit serendah $1. Namun ada satu perkara yang amat penting yang perlu diambil kira bila memutuskan amaun deposit permulaan. Keuntungan bergantung kepada suatu pemalar. Ia dikira dengan membahagikan dana Pelabur dengan dana Pedagang. Pelabur boleh menambah dana kepada deposit – dalam kes yang begini, pemalar ini akan dikira semula.

Tiada syor tertentu berapakah jumlah yang sesuai untuk bermula. Ingat faktor-faktor yang disebutkan tadi dan pilih amaun deposit yang optimum untuk untung yang lebih!

Kaut keuntungan dengan bantuan pro!

App CopyTrade membolehkan para Pelabur memasuki pasaran dengan mudah walaupun tanpa pengetahuan kewangan yang khusus – dan masih membuat keuntungan! Dengan bantuan para Pedagang profesional, ia adalah cara yang baik untuk menguruskan pelaburan dan membina sumber pendapatan pasif yang efektif.

Anda masih belum mempunyai app kami? Muat turun CopyTrade untuk iPhone dan Android sekarang, sertai jaringan profesional Forex dan jana pendapatan tanpa perlu bersusah payah!



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini