Ringgit kurang permintaan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kurang permintaan



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disebabkan kekurangan permintaan.

Pada 9 pagi, unit tempatan didagangkan pada 4.0770/0820 berbanding dolar AS daripada 4.0760/0800 semalam.

Peniaga berkata, permintaan yang rendah bagi ringgit disebabkan pengukuhan dolar AS, memandangkan pasaran membangun terus mengalami kelembapan pertumbuhan ekonomi.

"Keseluruhan sentimen pasaran global masih lembap di tengah-tengah harga minyak mentah yang lebih tinggi," katanya.

Pada 9.15 pagi, minyak mentah Brent menokok 0.37 peratus kepada AS$67.35 satu tong.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0075/0117 daripada 3.0055/0100 penutup Khamis, tetapi mengukuh berbanding pound British kepada 5.3229/3315 daripada 5.3542/3607.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6766/6821 daripada 3.6937/6983 dan bertambah baik berbanding euro kepada 4.5793/5853 daripada 4.5871/5937.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini