Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur menunggu pengumuman utama daripada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) dan pertikaian perdagangan yang berpanjangan antara AS dan China.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0750/0800 berbanding dolar AS berbanding 4.0750/0790 penutup Selasa.

Peniaga berkata, bahawa ini menjurus kepada pelabur menahan pelaburan terutamanya dalam pasaran membangun, termasuk Malaysia.

FOMC yang memulakan mesyuarat moneteri semalam dijangka mengekalkan dasarnya terhadap kenaikan kadar faedah.

"Keputusan utama dibuat di FOMC akan mempengaruhi aliran pelaburan, sementara ketegangan perdagangan yang sedang berlangsung antara AS dan China terus mempengaruhi prestasi ringgit," kata peniaga itu kepada BERNAMA.

Beliau berkata, bukan saja mata wang Malaysia menghadapi ketidakpastian tetapi prestasi rakan serantau turut terjejas.

"Siri laporan yang bercanggah dalam rundingan perdagangan AS-China mempengaruhi pasaran," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia menokok berbanding yen Jepun kepada 3.6508/6562 daripada 3.6613/6659 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6235/6304 daripada 4.6268/6321 pada Selasa.

Ringgit juga mengukuh berbanding pound British kepada 5.4014/4084 daripada 5.4079/4149 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0120/0169 daripada 3.0170/0204.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini