Sentimen lemah dolar AS dorong permintaan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Sentimen lemah dolar AS dorong permintaan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini berikutan sentimen lemah terhadap mata wang negara maju itu telah mendorong permintaan bagi mata wang negara pesat membangun, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0850/0880 berbanding dolar AS daripada 4.0865/0905 ketika ditutup semalam.

Peniaga berkata mata wang AS mengalami tekanan susulan data ekonomi negara itu tidak seperti yang diharapkan oleh pasaran, sekali gus mengukuhkan lagi jangkaan bahawa Rizab Persekutuan tidak akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia juga rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0185/0212 daripada 3.0134/0168 pada Rabu serta turun berbanding yen Jepun kepada 3.6719/6756 daripada 3.6706/6752.

Ringgit turut lemah berbanding euro kepada 4.6275/6329 daripada 4.6153/6219 selain susut berbanding pound Britain kepada 5.4265/4309 daripada 5.3668/3729 susulan penggubal undang-undang United Kingdom menolak untuk keluar daripada blok ekonomi Kesatuan Eropah tanpa perjanjian.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini