Ringgit berdepan tekanan berganda


KUALA LUMPUR: Ringgit berdepan tekanan berganda yang menjadikannya antara mata wang merekodkan prestasi terburuk di Asia pada bulan ini.

Pada awal pembukaan hari ini, unit tempatan diniagakan pada 4.1340/1390 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada 4.1310/1350 pada penutup semalam.

Menurut laporan Bloomberg, penyusutan ringgit disebabkan oleh kebimbangan bahawa FTSE Russell berkemungkinan akan menggugurkan hutang Malaysia daripada Indeks Bon Kerajaan FTSE Global berikutan kebimbangan mengenai kecairan pasaran, sekali gus menjejaskan prestasi mata wang tempatan dan pasaran bon.

Kurang dua minggu lalu, Norway berkata dana kekayaannya akan memotong hutang pasaran baharu muncul termasuk indeks sekuriti Malaysia.

Penurunan daripada FTSE boleh menyebabkan aliran keluar sehingga AS$8 bilion, berdasarkan kiraan tempatan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengganggarkan AS$2 trilion menjejaki indeks berkenaan, kata Morgan Stanley.

Pelabur asing mengurangkan pegangan bon kerajaan sejak akhir 2016 dan memiliki kira-kira AS$37 bilion sekuriti setakat Mac, kata Min Dai, pakar strategi Morgan Stanley yang berpangkalan di Hong Kong.

Hasil penanda aras bon 10 tahun sedikit berubah berikutan peningkatan empat mata asas pada Selasa.

"Risiko penurunan bon Malaysia daripada indeks utama nampaknya lebih cenderung ya daripada tidak, pada pandangan kami, kecuali perubahan asas dibuat untuk meningkatkan tahap kebolehaksesan pasaran Malaysia," kata ketua penyelidikan berpendapatan tetap di Maybank Kim Eng Securities Ltd Singapura, Winson Phoon.

Bon Malaysia baru sahaja menamatkan keuntungan keempat pada Mac berikutan jangkaan bahawa bank pusat boleh mengurangkan kadar faedah seawal Mei.

Bank Negara Malaysia berjanji pada bulan lalu untuk mengekalkan dasar monetari yang akomodatif sebagai risiko global yang memberi kesan kepada ekonomi perdagangan.

Malah, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga memberi amaran bahawa negara boleh mengenakan langkah untuk melindungi ringgit sekiranya spekulator menyerang mata wang, menurut satu laporan akhbar The Star.

Sementara itu, Ketua Strategi Perdagangan dan Pasaran di SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata walaupun pengecualian itu berlaku, ia tidak sepatutnua memberi kesan yang ketara terhadap penarafan kredit walaupun kejutan yang tidak dijangka ini mungkin agak berlebihan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini