Adakah pilihanraya Eropah akan mengubah nasib euro?



Italy terus memberikan tekanan ke atas EUR. Komen-komen Timbalan Perdana Menteri Itali, Matteo Salvini pada minggu lalu melemahkan matawang Eropah itu dengan signifikan menjelang pilihanraya Eropah pada 23-24 Mei.

Beliau berkata Itali mungkin melanggar peraturan bajet EU mengenai paras hutang jika perlu untuk meningkatkan tahap penggajian. Seperti yang anda mungkin sudah ketahui, hutang bajet Itali adalah isu besar pada penghujung tahun 2018. Inilah mengapa komen terbaru dari En. Salvini mencetus ketegangan di pasaran.

Fokus utama untuk EUR kini terletak pada pilihanraya Eropah. Timbalan Perdana Menteri itu mahu parti pelampau kanan beliau mendapat penambahan undi yang besar dalam pilihanraya ini. Jika parti tersebut berprestasi baik dalam pilihanraya, ia boleh meningkatkan ketakutan di kalangan pelabur. Kesannya, EUR akan menderita. Sebaliknya, jika parti beliau mendapat kurang dari yang diperlukan, atau En. Salvini berjaya meyakinkan pasaran, kita akan dapat melihat euro menguat.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini