Awas dengan kucing hitam! 5 khurafat pedagang - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Awas dengan kucing hitam! 5 khurafat pedagang


Semua orang tahu walaupun perdagangan adalah sistem yang berasaskan analisis, para pedagang adalah golongan yang mempercayai tahayul. Elemen-elemen seperti "ong" masih diberi tempat di pasaran. Apakah khurafat yang dipercayai oleh para pedagang dalam kembara pasaran mereka – kucing hitam? Kopi tumpah? Baju merah? Mari kita cari tahu dan cuba jelaskan perkara yang tak boleh dijelaskan!

Wang tak suka bising-bising

Yang ini yang paling mudah. Ramai pedagang percaya bila anda bercakap tentang wang anda dan urusniaga yang berjaya, "ong" takut hendak mendekati anda dan akhirnya menjauhi anda. Sikap takbur tidak sesuai dengan pedagang yang baik – ia boleh membutakan jiwa dengan angan-angan berbillion dolar. Tak perlu perkara-perkara yang begitu, bukan?


Petua emas tentang tiga pesanan yang malang

Dalam sesetengah budaya, angka tiga dianggap angka sakti. Malangnya, pedagang percaya dengan angka sakti juga. Jika anda terkena tiga pesanan merugikan secara berturut-turut, maka ia adalah petanda untuk berhenti, kata pedagang-pedagang hebat. Rehatlah dahulu! Kalau kita tidak mengasak pasaran, pasaran tak akan asak anda semula – hmm, seperti ada logiknya juga.


Berdagang di hari Jumaat? Fuh, hati-hatilah

Ramai pedagang percaya bahawa berdagang pada hari Jumaat membawa malang, tidak kira jika ia Jumaat 13hb atau Jumaat biasa. Secara teknikalnya pasaran boleh jadi kurang stabil sebelum hujung minggu dan menyaksikan lebih banyak menyongsang di luar dugaan. Tambahan lagi, mental pedagang sudah lelah di penghujung minggu. Tapi ada penyelesaiannya untuk hal ini – baca artikel kami tentang cara-cara untuk berdagang di hujung minggu.



Jangan pakai baju merah!

Ramai pedagang di seluruh dunia percaya: memakai pakaian merah menolak tuah di pasaran. Warna merah dianggap sebagai kejatuhan di pasaran. Mungkin ia berkaitan dengna warna merah yang menjengkelkan "bulls"? Siapa tahu, tetapi pastinya tiada siapa yang mahu menanggung risiko walaupun untuk memecahkan khurafat ini. Jadi simpanlah stokin atau baju merah anda untuk mengelakkan polis fesyen mengkeroyok anda di pasaran!


Membaca jampi dari buku Buffet

Ya, ada satu suara yang tidak dinafikan amat berpengaruh di dunia pedagang: Warren Buffet. Para pedagang percaya bahawa membaca sepotong dua ayat dair buku beliau sebelum masuk berdagang boleh menumpang sedikit tuah En. Buffet. Sama ada jampi Buffet benar-benar menjadi atau tidak, kata-kata beliau tetap sahaja cara yang baik untuk menaikkan motivasi – dan akui sahaja, semangat yang berkobar-kobar itu sahaja sudah 30% dari total kejayaan!



Jadi, mana bahagian tentang kucing hitam?

Kucing hitam diketahui menjadi simbol utama nasib malang, bukan hanya untuk pedagang, tetapi secara am juga. Tetapi adakah anda lari setiap kali anak kucing berbulu hitam melintas jalan?

Susah untuk kita katakan kalau khurafat dalam perdagangan ini benar-benar memberi kesan secara praktikal atau tidak. Namun pedagang juga manusia biasa, yang percaya dengan tuah dan pelbagai "petanda" alam. Ada yang menyimpan "tali leher bertuah"; sesetengahnya mengenali anjing jalanan yang sering singgah di kaki sebelum urusniaga yang cemerlang, sesetengah pula membuka pesanan bila hujan turun di luar. Beritahu kami petanda-petanda apakah yang anda percaya!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini