Ringgit dibuka rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur terus bimbang mengenai prospek pasaran kewangan tempatan dan global, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.1500/1530 berbanding dolar AS daripada 4.1470/1500 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata harga minyak yang rendah mempengaruhi sentimen pasaran terhadap unit tempatan.

“Kemerosotan harga minyak akan memberi lebih banyak tekanan kepada prestasi ringgit dalam tempoh terdekat,” katanya.

Penanda aras antarabangsa niaga hadapan minyak mentah Brent merosot 0.70 peratus kepada AS$69.88 setong manakala niaga hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) susut 0.77 peratus kepada AS$61.64 setong.

Dolar AS terus mengukuh berikutan pelabur menerima prospek perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Bagaimanapun, rundingan perdagangan AS-China telah terganggu selepas White House mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan diniagakan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0452/0485 daripada 3.0452/0479 semalam, bagaimanapun naik berbanding pound British kepada 5.3996/4055 daripada 5.4027/4075.

Mata wang tempatan susut berbanding yen kepada 3.7748/7785 daripada 3.7700/7738 dan merosot berbanding euro kepada 4.6447/6501 daripada 4.6455/6501.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini