Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur kembali mencari mata wang selamat sementara menunggu petunjuk baharu daripada unjuran ekonomi global, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.1870/1900 berbanding dolar AS berbanding 4.1850/1880 ketika ditutup pada Isnin.

Seorang lagi peniaga berkata, pasaran kewangan kekal pada jajaran kecil akibat kekurangan petunjuk baharu pasaran ketika perang perdagangan antara AS dan China yang memberi kesan secara tidak langsung kepada ekonomi utama dunia.

Beliau berkata, dolar AS kembali pulih selepas mengalami penurunan awal hari ini berikutan pelabur masih menunggu lebih banyak pemangkin bagi unjuran ekonomi global.

Bagaimanapun ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0396/0420 daripada 3.0447/0474 pada Isnin, namun merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8283/8321 daripada 3.8226/8268.

Unit tempatan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.2986/3045 daripada 5.3116/3167, namun merosot berbanding euro kepada 4.6844/6899 daripada 4.6839/6889.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini