Ringgit ditutup rendah berbanding dolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar


KUALA LUMPUR: Ringgit dan mata wang negara sedang pesat membangun merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan ditutup pada 4.1620/1650 berbanding dolar AS daripada 4.1570/1620 pada Jumaat lalu.

Peniaga berkata, ringgit yang ditambat yuan, menjejaki penyusutan prestasi mata wang China selepas gabenor bank pusat China memberi isyarat bahawa pihak berkuasa dijangka bertoleransi terhadap kelemahan mata wang.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan paling rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0451/0477 daripada 3.0396/0444 ketika ditutup Jumaat lalu, turun berbanding yen kepada 3.8331/8366 daripada 3.8275/8331 dan rendah berbanding euro kepada 4.7047/7098 daripada 4.6787/6860 sebelum ini.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan lebih tinggi pada 5.2812/2866 daripada 5.2844/2924 berbanding pound.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini