Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan mata wang serantau selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) meredakan jangkaan pasaran terhadap pelonggaran dasar agresif pada Julai.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.1450/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1440/4470 ketika ditutup pada Selasa.

Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata, pasaran memberi tindak balas terhadap kenyataan Fed bahawa ia tidak akan mengurangkan kadar faedah secepat yang mungkin berbanding apa yang ditetapkan bagi pasaran, sekali gus menyokong unjuran jangka pendek ke atas dolar AS.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi AS sederhana, namun prospek rangsangan dasar monetari akan datang mungkin membantu menampan daya tahan ekonomi terbesar dunia itu, yang sepatutnya mengukuhkan dolar AS,” katanya.

Semasa penutup pasaran, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0608/0650 daripada 3.0603/0637 pada Selasa namun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8490/8547 daripada 3.8693/8724.

Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.2571/2651 daripada 5.2857/2903 semalam dan stabil berbanding euro kepada 4.7083/7144 daripada 4.7146/7196.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini