Ringgit susut sedikit



KUALA LUMPUR: Ringgit hari ini dibuka lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan pelabur terus menanti keputusan bank serantau berhubung kadar faedah.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1470/1520 berbanding dolar AS daripada 4.1460/1500 penutup Khamis.

Peniaga berkata, bank pusat Indonesia dan England semalam mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan kadar faedah, tetapi membayangkan penurunan pada masa depan.

"Kedua-dua bank itu berkata mereka terbuka untuk mengurangkan kadar dasar semalaman, berikutan pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Ini adalah selepas Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah Rabu, yang juga mengisyaratkan penurunan pada masa depan.

"Ini menunjukkan bahawa bank-bank lain di rantau ini juga akan mengambil langkah sama dalam mengumumkan keputusan kadar faedah mereka," katanya.

Peniaga itu, bagaimanapun berkata, ringgit dijangka terus mengukuh disebabkan kenaikan harga minyak, sentimen positif daripada perbincangan perang perdagangan AS, serta harga komoditi yang lebih tinggi.

"Ringgit menokok 0.63 peratus semalam berbanding penutup Rabu dan bersama-sama pandangan optimis, saya percaya ia boleh ditutup mencecah 4.1440 berbanding dolar AS," katanya.

Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding pound kepada 5.2700/2772 daripada 5.2733/2792 semalam, tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0574/0622 daripada 3.0562/0596.

Ringgit lebih lemah berbanding yen pada 3.8623/8681 daripada 3.8453/8494 dan berbanding euro, mata wang tempatan diniagakan lebih kukuh pada 4.6828/6901 daripada 4.6862/6924.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini