Harga minyak merosot, Brent AS$63.24 setong - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak merosot, Brent AS$63.24 setong


SINGAPURA: Harga minyak susut hari ini apabila Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata ia akan bertindak lebih pantas jika diperlukan bagi memastikan pasaran pembekalan tidak terjejas di tengah-tengah ketegangan yang berlaku di Timur Tengah.

Manakala peniaga melihat prospek permintaan yang lemah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent merosot dua cents kepada AS$63.24 setong pada 0121 GMT.

Penanda aras antarabangsa itu naik lebih satu peratus pada sesi sebelumnya, susulan penahanan kapal tangki milik Iran oleh British, minggu lalu, atas tuduhan melanggar sekatan Kesatuan Eropah terhadap Syria.

Penahanan itu menimbulkan kebimbangan terhadap gangguan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) susut enam cents, atau 0.11 peratus pada ASa$56.16 setong.

IEA berkata, ia akan memantau perkembangan di Selat Hormuz.

“IEA bersedia bertindak dengan cepat dan tegas sekiranya berlaku gangguan untuk memastikan pasaran global tetap menerima bekalan yang secukupnya," katanya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini