Ringgit ditutup lebih rendah




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman data utama ekonomi Malaysia dan juga AS pada minggu ini.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1110/1150 berbanding dolar AS daripada 4.1100/1130 yang dicatatkan pada Jumaat minggu lalu.

Seorang peniaga berkata, Malaysia akan mengumumkan angka Indeks Harga Pengguna Jun manakala AS akan mengumumkan data keluaran dalam negara kasarnya bagi suku kedua.

"Pelabur juga menunggu keputusan oleh Rizab Persekutuan AS pada akhir bulan ini sama ada ia akan mengurangkan kadar faedahnya," katanya.

Mengenai pasaran minyak, beliau berkata ketegangan yang meningkat di Timur Tengah mendorong penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat dua peratus kepada US$63.78 pada 6 petang hari ini.

“Bagaimanapun, ketegangan itu akan turut menjejaskan kestabilan pasaran global kerana ketidaktentuan di rantau berkenaan,” katanya.

Semasa penutup, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0219/0253 daripada 3.0236/0269 pada Jumaat lalu dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8104/8151 daripada 3.8165/8207.

Ringgit menokok berbanding pound Britain kepada 5.1248/1306 daripada 5.1474/1519 sebelumnya dan naik berbanding euro kepada 4.6109/6166 daripada 4.6184/6234.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini