Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh pengukuhan harga minyak serta jangkaan yang lebih baik terhadap barangan berkaitan minyak sawit.

Pada 6 petang, ringgit berada pada paras 4.1130/1160 berbanding dolar US daripada 4.1170/1200 semasa ditutup pada Rabu.

Seorang peniaga berkata penanda aras minyak mentah Brent mencatatkan AS$63.50 berikutan konflik Gulf membabitkan AS dan Iran yang memuncak dengan China mengutuk sekatan AS terhadap minyak mentah Iran.

“Konflik itu dijangka meningkat pada minggu ini, menjadikan persekitaran yang semakin tidak menentu di rantau ini. Bagaimanapun, ketika ini terdapat laporan yang menyatakan Kuwait dan Arab Saudi sedang berbincang untuk berada di zon neutral bagi pengeluaran minyak,” katanya.

Bagi minyak sawit, beliau berkata peningkatan permintaan dijangka dari China dan India.

“Walaupun terdapat dakwaan India berkemungkinan menaikkan duti import ke atas minyak sawit ditapis, pemimpin industri tidak seharusnya bimbang memandangkan kedua-dua negara (Malaysia dan India) telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif. Keadaan ini akan melegakan pasaran buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0116/0143 daripada 3.0170/0196 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.8048/8086 daripada

3.8099/8138.

Mata wang tempatan turut mencatat peningkatan berbanding pound Britain kepada 5.1314/1372 daripada 5.1343/1397 dan naik berbanding euro kepada 4.5765/5815 daripada 4.5847/5897 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini