Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum menaik minggu lalu untuk dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong peningkatan minat belian terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, nota tempatan berada pada 4.1070/1120 berbanding dolar AS daripada 4.1140/1170 Jumaat.

Katanya, ringgit yang lebih kukuh juga didorong kenaikan harga minyak global.

Pada masa siaran, petunjuk harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$66.74 satu tong.

"Sementara itu, pelabur masih tidak memasuki pasaran menunggu data ekonomi suku kedua China yang akan dikeluarkan bersama-sama penunjuk ekonomi utama lain hari ini," katanya.

Bagaimanapun, nota tempatan didagangkan lebih lemah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0247/0274 daripada 3.0217/0251 penutup Jumaat dan susut berbanding yen kepada 3.8084/8123 daripada 3.7910/7954.

Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.1613/1659 daripada 5.1511/1586 dan susut berbanding euro kepada 4.6298/6336 daripada 4.6273/6323.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini