Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global serta gencatan perang perdagangan AS-China yang rapuh, katapeniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1350/1380 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1380 penutup Rabu.

Rakan kongsi pengurusan di Vanguard Market, Stephen Innes, menjelaskan bahawa walaupun terdapat kebimbangan pasaran, pelabur akan mengejar hasil berikutan kejatuhan pulangan bon Perbendaharaan 10-tahun AS.

"Ini akan mewujudkan persekitaran yang lebih mesra risiko, akhirnya akan merangsang ringgit hari ini," katanya kepada BERNAMA dalam e-mel.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8369/8407 daripada 3.8379/8411 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6668/6714 daripada 4.6672/6722.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0501/0527 daripada 3.0499/0532 dan merosot berbanding pound kepada 5.2018/2064 daripada 5.1973/1035.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini