Ringgit dibuka lemah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada penutupan Selasa dalam menjejaki penyusutan yuan China di tengah-tengah harga minyak yang lebih kukuh, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.2030/2080 berbanding dolar AS daripada 4.2020/2060 semalam.

Yuan dilaporkan jatuh ke tahap paling lemah berbanding dolar AS sejak awal 2008, dan sejak pentadbiran Donald Trump memulakan rundingan berhubung tarif ke atas eksport Cina pada awal 2018, mata wang itu merosot sekitar 10 peratus.

"Penurunan nilai berterusan ke atas yuan bagi melonjakkan eksport dan prospek pertumbuhan ekonomi negara yang perlahan boleh memberi kesan negatif kepada mata wang serantau termasuk ringgit," kata peniaga itu.

Dalam satu lagi nota, rakan pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes, berkata masih ada tahap keraguan yang tinggi berhubung keikhlasan ulasan Trump mahupun pihak China bersedia untuk berunding semula.

Sementara itu, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Mata wang tempatan mengukuh sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.0250/0291 daripada 3.0263/0303 Selasa tetapi susut berbanding yen kepada 3.9741/9799 daripada 3.9728/9777.

Berbanding pound British, ringgit susut kepada 5.1609/1674 daripada 5.1542/1612 tetapi mengukuh sedikit berbanding euro kepada 4.6599/6663 daripada 4.6667/6729. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini