Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini ketika para peniaga memilih untuk terus berada di luar pasaran sementara menunggu perkembangan lanjut membabitkan pertikaian perdagangan Washington-Beijing.

Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.2020/2060 berbanding dolar daripada 4.2010/2050 pada Isnin.

Seorang peniaga berkata harga minyak mentah meningkat pada Selasa selepas Presiden AS Donald Trump membayangkan kemungkinan satu perjanjian dagangan dapat dimeterai dengan China susulan ulasan positif Beijing, sekali gus meredakan keadaan selepas 'perang tarif' saling dilancarkan kedua-dua pihak itu yang hanya menjejaskan pasaran.

Minyak mentah Brent yang juga penanda aras global menokok 0.74 peratus kepada AS$58.55 setong pada hari ini.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ia susut berbanding yen kepada 3.9728/9777 daripada 3.9715/9764 namun mengukuh berbanding euro pada 4.6667/6729 daripada 4.6698/6760 sebelum ini.

Unit tempatan itu turut tinggi berbanding dolar Singapura pada 3.0263/0303 daripada 3.0267/0300 tetapi rendah berbanding pound Britain pada 5.1542/1612 daripada 5.1412/1478.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini