Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan sokongan belian sederhana, di tengah-tengah sentimen pasaran berhati-hati, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1920/1950 penutup Khamis.

Peniaga berkata, pelabur menunggu pengumuman prestasi ekonomi suku kedua dan separuh pertama oleh Bank Negara Malaysia petang ini.

"Tidak ada tumpuan besar pada ringgit sekarang kerana turun naik dalam yuan China kebanyakannya sudah berkurangan. Tetapi prospek pertumbuhan global yang suram dan tinjauan yang tidak menentu bagi harga minyak terus mempengaruhi ringgit, "katanya.

Nota tempatan didagangkan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Berbanding yen, ringgit mengukuh kepada 3.9480/9529 daripada 3.9570/9609 sementara berbanding dolar Singapura ia menokok kepada 3.0161/0205 daripada 3.0173/0199.

Ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.0645/0705 daripada 5.0706/0760 dan menokok berbanding euro kepada 4.6522/6574 daripada 4.6737/6787. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini