Ringgit terus didagangkan lemah



KUALA LUMPUR: Kebimbangan pelabur kepada perang dagangan Amerika Syarikat (AS) - China yang semakin tegang menjejaskan kedudukan pasaran mata wang sekali gus menyebabkan ringgit didagangkan lebih rendah pagi ini.

Ia meneruskan corak menurun yang dicatatkan pada minggu lalu.

Pada jam 9.02 pagi ringgit didagangkan kepada 4.1870/1900 berbanding dagangan Isnin pada 4.1770/1800.

Pengurus Rakan Niaga VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata kebimbangan terhadap perang dagangan dan harga minyak yang semakin rendah menyebabkan ringgit kurang menarik kepada pelabur.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini