Apakah Aras Perlindungan dalam FXTM Invest? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Apakah Aras Perlindungan dalam FXTM Invest?



Apakah Aras Perlindungan dalam FXTM Invest?

Salah satu ciri terbaik FXTM Invest ialah pelabur diberi peluang untuk mengawal dana mereka. Pelabur boleh menetapkan sendiri pelaburan mereka, sebagai satu cara untuk mengurangkan risiko dan melindungi ekuiti mereka. Ini dipanggil Aras Perlindungan.  Jika ekuiti Akaun Pelaburan kurang daripada Aras Perlindungan, Pelabur boleh memilih untuk menutup semua kedudukan terbuka secara automatik pada harga pasaran seterusnya yang boleh didapati. Secara lalai, aras ini ditetapkan sebagai 50% dengan tindakan “Hentikan sementara pelaburan dan hantar e-mel pemberitahuan”.

Ataupun, Pelabur boleh menutup kedudukan terbuka mereka secara manual jika mereka memilih “Hantar pemberitahuan e-mel”. Sebagai contoh, seseorang yang ketahanan risikonya rendah boleh memilih untuk menetapkan Aras Perlindungan pada 80%. Jika ekuiti kurang daripada 80%, semua kedudukan terbuka akan ditutup secara automatik atau oleh Pelabur (bergantung pada pilihan Pelabur).

Pelabur juga boleh menetapkan semula Aras Perlindungan, bergantung pada ekuiti Akaun Pelaburan. Sebagai contoh, jika Pelabur mendepositkan 10K, dia boleh memilih untuk menetapkan semula secara automatik Aras Perlindungan kepada 60%, apabila ekuiti akaunnya mencapai 20K.

Penting untuk diambil perhatian bahawa Aras Perlindungan tidak dijamin pada masa Keadaan Pasaran yang ekstrim.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini