Ringgit bercampur-campur



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan kekurangan minat belian.

Pada 9.09 pagi, ringgit berada pada 4.1720/1770 berbanding dolar AS daripada 4.1680/1720 Jumaat lalu.

Peniaga berkata, permintaan terhadap dolar AS berkemungkinan kekal untuk jangka pendek kerana pasaran kewangan terus memberi tumpuan kepada risiko geopolitik.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, dolar AS menyaksikan spekulasi berleluasa dan dana lindung nilai meningkatkan kedudukan bersih kepada jumlah tertinggi sejak Jun.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.5971/6031 daripada 4.6040/6.101 dan menokok berbanding pound British pada 5.2062/2141 daripada 5.2196/2254.

Ia susut berbanding yen kepada 3.8716/8773 daripada 3.8589/8637 dan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0315/0365 daripada 3.0297 / 0337.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini