Ringgit mengukuh pada sesi awal dagangan



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada minggu lalu apabila dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, dipacu oleh sentimen positif terhadap mata wang tempatan itu.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada paras 4.1850/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1860/1900 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, walaupun sentimen dolar lebih baik, permintaan terhadap ringgit kekal ketara selepas FTSE Russell memutuskan untuk mengekalkan Malaysia dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia (WGBI), bersama dengan China.

Selain itu, ringgit juga secara amnya, diniagakan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0307 daripada 3.0292/0325 pada Jumaat, mengukuh berbanding yen kepada 3.8764/8812 daripada 3.8774 / 8818 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.1425/1487 daripada 5.1433/1499.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.5750/5798 daripada 4.5732/5793, sebelum ini

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini