Ringgit teruskan aliran menurun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan aliran menurun



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila pelabur beralih untuk mengumpul lebih banyak dolar AS selepas Presiden Donald Trump berkata perang perdagangan antara Washington dan Beijing boleh berakhir tidak lama lagi.

Pada 9.08 pagi, nota tempatan didagangkan pada 4.1930/1970 berbanding 4.1880/1920 penutup semalam.

Peniaga berkata, kelemahan dalam harga minyak juga mempengaruhi ringgit.

Pada 9.25 pagi, minyak mentah Brent merosot 1.11 peratus kepada AS$61.43 satu tong.

Ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.5926/5974 daripada 4.6060/6108 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.1821/1879 daripada 5.2090/2157 pada Rabu.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.8932/8973 daripada 3.9013/9061 tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0406/0446 daripada 3.0401/0434.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini